> > Pemuda pernah hilang di Broga dedah kehilangan Acap, "bukan depa (bunian) yang ambik dia" tapi...
Pemuda pernah hilang di Broga dedah kehilangan Acap, "bukan depa (bunian) yang ambik dia" tapi...
NOOR AINON MOHAMED YUSOF Khamis | 11 April 2019

GOPENG - Seorang pemuda yang pernah 'dijaga bunian' sepanjang tujuh hari hilang di Bukit Broga, dua tahun lalu, turut membantu pihak penyelamat mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, semalam.

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22, mendaki Bukit Batu Putih bersama bomba bagi meninjau lokasi terakhir Mohammad Ashraf, 29, yang dikenali sebagai Acap sebagai salah satu ikhtiar untuk mengesan mangsa.

Menurutnya, kehilangan Acap menarik perhatiannya untuk turut membantu buat pertama kali selepas insidennya berkaitan dengan mistik mendapat liputan meluas di media sosial.

"Saya dan ibu, Rohana Saad, 51, sudah lama merancang untuk turun ke Gopeng membantu berdasarkan pengalaman dan baru hari ini (semalam) saya berkesempatan untuk datang.
"Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bukit itu dan di Gua Kandu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, di sini.

Mohd Azarul Mukhriz berkata, dia mengharapkan agar keluarga Acap dapat mengharungi dugaan itu dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 'Petunjuk' baru! Mak mimpi Ashraf di Gua Tempurung, pengamal perubatan Islam nampak perkara sama

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan terkini pihak polis! Perbetulkan fakta sebenar kehilangan Acap

ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat tular berlegar di laman sosial, jangan buat fokus bomba berbelah bahagi

Sementara itu, Rohana berkata, doa ibu adalah yang terbaik dalam membantu memudahkan operasi mencari anaknya meskipun kehilangannya sudah memasuki hari ke-20.

"Dugaan ibunya kali ini adalah yang terhebat berbanding saya. Saya lihat pelbagai ikhtiar telah dijalankan dan diharapkan keluarga mereka sentiasa berdoa dan membaca al-Quran agar Acap segera ditemui," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...