> > Walaupun terpaksa ulang-alik berkerusi roda untuk ke kuliah, tapi ini sebab Zulhilmi tetap bersemangat...
Walaupun terpaksa ulang-alik berkerusi roda untuk ke kuliah, tapi ini sebab Zulhilmi tetap bersemangat...

TIDAK semua orang yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna termasuk fizikal, malah ada yang diduga dengan ketidakupayaan atau sebagai orang kurang upaya (OKU).

Begitu juga dengan salah seorang mahasiswa istimewa di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohamad Zulhilmi Mohd Raduwan atau lebih mesra dengan panggilan Zul dalam kalangan sahabat kampusnya.

Zulhilmi yang berasal dari Kampung Manir, Kuala Terengganu bertekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), UMT.

Bersama pasukan yang terlibat dalam satu pertandingan memanah. (FOTO UMT)
Biarpun dalam serba kekurangan, namun itu tidak mematahkan semangat Zulhilmi untuk mengejar impiannya menggenggam segulung ijazah satu hari nanti.
“Saya ingin buktikan bahawa orang seperti saya juga mampu untuk berjaya dalam kehidupan. Semua itu tidak pernah menjadi halangan melainkan saya ingat pesan ayah dan ibu untuk belajar bersungguh-sungguh demi kebaikan masa hadapan,” ucap Zulhilmi bersemangat.

Berkongsi pengalaman ketika berada di kampus, akui Zulhilmi, kadangkala dia terpaksa berulang alik dari asrama ke pusat pengajian yang jaraknya kira-kira setengah kilometer.

Bersiap untuk ke kuliah bersama teman-teman sekuliah. (FOTO UMT)
“Penat memang penat namun saya kuatkan semangat kerana sejak dari kecil lagi saya memang sudah diajar untuk berdikari.

"Saya juga terlibat dalam aktiviti riadah dan sukan seperti memanah, yang mana semua itu memerlukan stamina dan fokus terbaik.

"Saya bertuah kerana dikelilingi sahabat-handai dan pensyarah yang turut membantu baik dari segi pengajaran dan pembelajaran,” tambah Zulhilmi yang juga pernah menyertai bola keranjang berkerusi roda.
Bersama rakan yang berkongsi minat dalam sukan memanah. (FOTO UMT)

Selain itu, penginapan dan infrastruktur di asrama bagi OKU turut memudahkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus.

Penguat semangat

Kala mengimbas kembali punca yang menyebabkannya terpaksa berkerusi roda, kata Zulhilmi, ketika berusia tujuh tahun dia terjatuh dari katil dan doktor mengesahkan dia lumpuh disebabkan masalah saraf.

"Semua itu adalah ketentuan ALLAH buat saya dan saya yakin, setiap apa yang ALLAH aturkan buat hamba-Nya ada hikmah yang tersendiri," ucap Zulhilmi lagi.
Aktiviti memanah menjadi hobi Zulhilmi. (FOTO UMT)

Sehingga kini, anak ketiga daripada enam beradik ini tetap tabah dan yakin untuk meneruskan pengajiannya.

Ditanya 'mentor' yang menjadi penguat semangatnya, sambil tersenyum ucap Zulhilmi; "Insan itu adalah kakak saya, Nurul Madhiah Mohd Raduwan, sebab kakak selalu dapat keputusan cemerlang ketika dia belajar di Shah Putra Kuantan dulu."
Zulhilmi bersama keluarga yang tersayang. (FOTO ZUL)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...