> UTARA > Pelajar PTSB ikuti bengkel tingkatkan kemahiran Rekabentuk Kejuruteraan
Pelajar PTSB ikuti bengkel tingkatkan kemahiran Rekabentuk Kejuruteraan
MOHD ASWADI MUHAMAD Selasa | 16 April 2019

KULIM - Seramai 16 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah mengikuti bengkel ‘Peningkatan Kemahiran Dalam Rekabentuk Kejuruteraan dan Projek Pelajar’ bersama Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KTechno).

Bengkel ini disampaikan oleh Pensyarah Pelawat Industri (PPI) yang merupakan Jurutera Rekabentuk KTechno, Muhammad Iqbal Abd Halim bersama lapan (8) Jurutera KTechno yang lain.

Menurut Iqbal, tujuan bengkel ini adalah untuk membimbing dan memberi panduan dalam menggunakan solid work iaitu asas kepada penyediaan projek, penggunaan simulator milling dan turning iaitu persiapan sebelum menggunakan mesin sebenar serta kawalan kualiti iaitu sebelum dan selepas menyelesaikan operasi mesin. Bengkel kali ini secara tidak langsung menambah minat kepada ilmu serta mendedahkan mereka mengenai kepentingan masa depan bermula dengan tindakan hari ini.

Muhammad Iqbal Abd Halim berkongsi ilmu bersama pelajar Projek Akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB.
“Ia bagi memastikan mereka dapat melaksanakan projek semester akhir dengan lebih sistematik dan bergerak seiring dengan teknologi terkini,” katanya.

Tambahnya lagi, penghasilan produk yang baik dan bermutu untuk dikomersialkan akan memberi impak yang besar kepada negara serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terutamanya Politeknik.

Politeknik dan industri perlu memainkan peranan dalam usaha mendidik masyarakat untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pelajar bagi memastikan mereka cukup bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Turut hadir Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Hafiz Reza Harun dan Ketua Jabatannya, Mohd Zamri Hamid.

Siti Hajar Mat Isa, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkata, bengkel hari ini memberi banyak manfaat kepada mereka.

Pelajar mengendalikan mesin CNC.

"Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam rekabentuk kejuruteraan, menambahkan ilmu tentang mesin CNC serta berharap projek yang akan dihasilkan nanti akan memberi manfaat kepada industri,” katanya.

Antara pengisian sepanjang program itu adalah mengenai kepentingan Revolusi Industri 4.0 dalam mencorakkan agenda pendidikan negara. Selain itu, ia membantu para pelajar melahirkan idea positif, memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesan revolusi industri terhadap penggunaan sumber tenaga kerja manusia di samping memperkenalkan inisiatif-inisiatif serta idea Revolusi Industri yang memanfaatkan institusi pengajian tinggi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...