> UTARA > PTSS dan Akademi NAZA jalin kolaborasi strategik
PTSS dan Akademi NAZA jalin kolaborasi strategik
SHAHRIL ANNUAR AHMAD Selasa | 16 April 2019

GURUN - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) dan Akademi NAZA telah menjalinkan kolaborasi strategik setelah perbincangan hasil dari lawatan industri yang diadakan di Akademi NAZA di Gurun baru-baru ini.

Majlis menandatangani kolaborasi ini telah pun diadakan pada 28 Mac 2019 dalam Majlis Penutupan IPROPEX (Innovation, Project Presentation and Exhibition) 2019.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, jalinan kolaborasi yang ditandatangani ini membolehkan kerjasama diadakan oleh PTSS dengan Akademi NAZA bagi meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua institusi ini dalam memperkasakan bidang akademik, penyelidikan dan TVET (Technical and Vocational Education and Training).

“Dengan jalinan kolaborasi yang termeterai ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara PTSS dan Akademi NAZA bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan PTSS untuk memperkasakan industri 4.0 melalui kemahiran yang dimilikinya. Penelitian yang lebih mendalam tentang kurikulum dan juga perincian program perlu dibuat bagi membolehkan pelajar dari kedua-dua institusi memanfaatkan kolaborasi,” katanya.

Pengetua Akademi NAZA, Noor Amirulaman Sulaiman dalam ucapannya berkata, pihaknya berasa bangga kerana pihak politeknik PTSS sudi menjalinkan kolaborasi, kerjasama ini akan melibatkan pertukaran kemahiran, pengetahuan, pengalaman, keusahawanan, kepimpinan,pelajar dan pensyarah kedua-dua institusi bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Perbincangan antara PTSS dan pihak Akademi NAZA untuk jalin kolaborasi.

Pegawai Hubungan Korporat Industri dan Kebolehpasaran Graduan Pelajar PTSS, Amyzah Ahmad berkata, kolaborasi strategik dengan Akademi NAZA sebenarnya akan memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk bekerjasama melalui knowledge sharing dari segi aspek teori dan praktikal melalui Program Pensyarah Pelawat Industri.

“Kolaborasi ini membuka peluang kepada pelajar PTSS dalam meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang, malah turut membuka peluang untuk pensyarah dan pelajar menjalani latihan industri di Akademi NAZA,” katanya.

Bagi Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), PTSS, Nadzri Che Kamis, kolaborasi dengan Akademi NAZA adalah sesuatu yang amat bermakna kepada JKM kerana pelajar JKM yang berminat dengan industri automatif boleh melalui program tersebut bersama Akademi NAZA.

Delegasi PTSS bergambar bersama pegawai -pegawai kanan Akademi NAZA.

“Bersama Akademi NAZA kita berpeluang bekerjasama melalui Projek Tahun Akhir yang bercirikan industrial based problem,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak jabatan juga berminat untuk menyertai program Corporate Social Responsibility (CSR) anjuran Akademi NAZA pada masa hadapan dengan hasrat memberikan khidmat kepada komuniti serta memperkenalkan jenama PTSS bersama industri.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...