> PAHANG > Berkain pelikat dan batik, pelajar Kolej Komuniti Kuantan dekati permainan tradisional
Berkain pelikat dan batik, pelajar Kolej Komuniti Kuantan dekati permainan tradisional

KUANTAN - Meriah dan penuh gelak tawa. Itulah suasana yang dapat digambarkan apabila 150 orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan menyertai Program Sukaneka Rakyat di Taman Tasik Bandar, Kuantan baru - baru ini.

Apa yang lebih menarik apabila golongan pelajar ini perlu memakai kain pelikat dan juga kain batik sepanjang program ini berlangsung.

Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Kolej Komuniti Kuantan ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik-rakyat yang dikendalikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Kolej Komuniti Kuantan, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.

Penasihat Program, Asmawi Muda (tengah) bersama sebahagian pelajar.

Penasihat Program yang juga merupakan Pensyarah Program Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Kuantan, Asmawi Muda @ Othman berkata, pelbagai acara permainan dipertandingkan seperti memancing botol, isi air dalam botol, boling kelapa, teng teng, galah panjang, congkak, baling selipar, bola beracun, batu seremban, meniup belon dan permainan guli.

Katanya, program yang diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai permainan tradisional yang sinonim dengan kelompok masyarakat di Malaysia.

Antara permainan yang dicuba oleh para pelajar.

Ia juga sebagai satu wadah untuk mengembalikan nostalgia mengenai permainan tradisional yang jarang kali diadakan.

“Selain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini juga turut memberi ruang dan peluang kepada para pelajar merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional di samping mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain.
“Program ini juga adalah untuk menyemai kesedaran di kalangan para pelajar akan peri pentingnya kesinambungan permainan tradisional ini untuk generasi akan datang, terutamanya golongan muda agar ianya tidak lenyap ditelan zaman.” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...