> > Kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera bersifat 'one-off'
Kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera bersifat 'one-off'
MUHAMMAD IQHWAN HAKIM ABDULLAH Jumaat | 19 April 2019

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan kuota pengambilan pelajar ke program matrikulasi untuk bukan bumiputera adalah bersifat 'one-off' berdasarkan keperluan dan kekosongan kuota bumiputera yang tidak diisi.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, matlamat asal program matrikulasi ialah untuk membangunkan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

"KPM ingin memaklumkan bahawa penawaran 2,200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 oleh kerajaan terdahulu adalah bersifat one-off.

"Hal yang sama juga dilaksanakan dalam penawaran 1,000 tempat untuk kaum Cina yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 turut bersifat one-off," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pada tahun 2019 terdapat perubahan dalam dasar pengambilan ke Program Matrikulasi KPM selaras dengan harapan PH untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah (B40).

"KPM telah memperuntukkan 60 peratus tempat kepada pelajar dari golongan B40 dan baki 40 peratus akan diberi kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dah berpendapatan tinggi (T20).

"Pelaksanaan dasar baharu ini adalah lebih seimbang dengan memberi peluang kepada pelajar yang layak dan pada masa sama memberi fokus kepada golongan B40 secara bersasar," katanya.

Kenyataan ini dibuat setelah terdapat gesaan supaya KPM menjelaskan jumlah pengambilan pelajar ke program tersebut berdasarkan kuota kaum bagi tahun 2019.

Mengulas dengan lebih lanjut, Maszlee berkata, kerajaan mengambil maklum pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak sejak keputusan kemasukan ke program tersebut diumumkan dan beliau menasihatkan agar calon yang tidak mendapat tawaran mengemukakan rayuan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...