> > Keluarga bantah tinggalkan bidang seni bina, tapi graduan ini buktikan mampu hasilkan lukisan ribuan ringgit!
Keluarga bantah tinggalkan bidang seni bina, tapi graduan ini buktikan mampu hasilkan lukisan ribuan ringgit!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 19 April 2019

Tidak pernah sesekali menyesal meninggalkan bidang seni bina dan menumpukan dalam seni lukis membuatkan anak keempat daripada enam beradik ini terus mahu melakar impian lebih besar untuk masa hadapan.

Dianugerahi dengan bakat melukis membuatkan gadis kelahiran Kelantan ini terus berani melangkah dengan memperjuangkan hasil seni lukisannya

Lukisan Kaligrafi yang turut mendapat tempat di kalangan peminat seni.

Buat Wan Nur Baiti Wan Mohd Fauzi, 24, minatnya dalam bidang seni sejak kecil lagi membuatkan dirinya seronok walaupun bergelumang dengan berus dan warna.

Pernah melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di University of Liverpool, Wan Nur Baiti tetap yakin jalan yang diambilnya itu tetap walaupun mendapat tentangan.

Antara lain hasil kerja Wan Nur Baiti.
"Pada awalnya, ibu dan ayah macam tak bagi sokongan penuh selain lebih suka saya masuk practice architecture.
"Tapi saya tetap dengan pendirian selain tetap melukis dan terima upah kerana mahu buktikan kerja ini saya boleh buat dan lama-lama mereka percayakan saya apabila melihat pendapatan yang diterima adalah stabil," katanya kepada Kampus Uols.

Wan Nur Baiti yang kini menetap di Bangi memberitahu dia mengambil masa panjang untuk meyakinkan ibu bapanya bahawa apa yang dilakukan itu boleh menjana pendapatan selain membuatkan dirinya seronok untuk melakukan.

Potret yang dihasilkan oleh Wan Nur Baiti yang mendapat sambutan di kalangan peminat seni lukisannya.

Ditanya mengapa tidak meneruskan dalam bidang seni bina, anak keempat ini menyatakan realiti kerja sebagai seorang arkitek berdepan dengan banyak cabaran perlu ditempuhi.

"Pada awal-awal ambil kursus ini, saya tidak meneliti betul-betul dengan kerjaya arkitek dan ingatkan seronok disebabkan seni bina adalah salah satu cabang seni.
"Bila tamat pengajian, saya mula faham realiti kerja sebagai arkitek macam mana. Sibuknya tidak boleh bawa bincang selain ia berbeza dengan apa saya harapkan," ujarnya.

Jelasnya, apabila ibu ayah serta adik beradiknya menyedari mereka tidak boleh memaksa dirinya masuk dalam bidang seni bina, dia dalam keadaan bahagia dan seronok kerana mampu untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni lukis.

Bermula dengan hobi, Wan Nur Baiti pernah mengambil subjek seni ketika kolej selain mempelajari sendiri di laman sosial Youtube lukisan orang lain.

Antara lukisan yang dihasilkan oleh Wan Nur Baiti.

Mengambil masa dua hingga tiga hari untuk menyiapkan satu-satu lukisan untuk saiz kecil dan sederhana manakala saiz besar ambil masa dua sehingga empat minggu untuk disiapkan.

"Saya lukis apa sahaja termasuk apa yang dikehendaki oleh pelanggan itu sendiri selain permintaan mereka yang menggunakan rekaan masing-masing.
"Selalunya mereka juga mahukan jenis warna bagi lukisan yang dipinta dan kebanyakkan lukisan ini untuk hadiah bagi majlis perkahwinan, sambutan hari jadi serta ulang tahun," katanya.

Jelasnya, ada lukisan yang dihasilkan itu turut mendapat sentuhan dan diubah mengikut kesesuaian.

Wan Nur Baiti mempromosikan hasil lukisannya di laman Instagram.

Dia yang mengenakan harga dari RM250 hingga RM4,000 berkata, harga seni lukisnya mengikut rekaan, saiz dan bahan yang digunakan.

"Setakat sehingga ke hari ini saya guna 'canvas board' dan kertas sahaja, mungkin di masa hadapan akan memperkenalkan bahan baharu untuk hasil kerja saya.
"Saya juga menjual hasil kerja di sebuah galeri di Dubai dan sudah beberapa lukisan sudah dibeli oleh pelanggan di luar sana," katanya.

Wan Nur Baiti menambah, dia yang kini mahu membina namanya di dalam bidang seni lukis selain mahu melibatkan diri dengan pelbagai program berkaitan.

"Untuk perancangan masa panjang, saya mahu ada sebuah studio galeri dan bakeri dapat dibuka kerana saya juga suka hasilkan kek.
"Mungkin Baiti Fauzi Studio Bakery bakal menjadi realiti di masa hadapan... Doakan saya," katanya sambil tawa kecil.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...