> PERAK > Kakitangan UPSI perlu teruskan kecemerlangan - Pendaftar UPSI
Kakitangan UPSI perlu teruskan kecemerlangan - Pendaftar UPSI
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 22 April 2019

TANJUNG MALIM - Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zainab Othman mahu seluruh warga UPSI terus melakarkan kecemerlangan serta menunjukkan budaya kerja yang berprestasi tinggi, penuh berintegriti dan bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Katanya, warga UPSI perlu beriltizam untuk terus meningkatkan prestasi kerja kerana yakin dengan usaha yang jitu, hala tuju dan matlamat universiti untuk terus cemerlang akan direalisasikan oleh setiap warganya.

"Anugerah tersebut adalah sebagai simbol kejayaan yang berjaya dicapai namun bukan menjadi titik nokhtah kepada semangat kerja berpasukan dan budaya kerja cemerlang dan inovasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Pendaftar UPSI, Dr Zainab (kiri) dan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran (tengah) serah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima.

Dalam majlis yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran itu, seramai 149 orang penerima anugerah; 13 penerima Anugerah Insentif Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi; dua penerima Anugerah Inisiatif QS; satu kumpulan penerima Anugerah KIK 2018; dan seorang penerima Anugerah Insentif Khas PHD diraikan dalam satu majlis gemilang yang berlangsung di Scholar’s Suites.

Dr Zainab berkata, dengan penganugerahan dan pengiktirafan ini juga akan dapat menyuntik semangat kepada semua warga UPSI untuk terus berkhidmat dengan lebih dinamik, dedikasi dan penuh iltizam yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin untuk terus istiqomah berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi motivasi kepada semua pihak untuk terus cemerlang bersama

"APC merupakan penghargaan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang memberikan perkhidmatan cemerlang dalam melaksanakan tugas – tugas rasmi disamping penglibatan secara aktif dalam kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan dan lain–lain sumbangan bakti yang bermanfaat kepada universiti dan negara," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...