> > UPSI lancar Makmal Neurofeedback
UPSI lancar Makmal Neurofeedback
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 22 April 2019

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) menubuhkan Makmal Neurofeedback bertujuan untuk memberi latihan dan sesi intenvensi kepada kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas di sekitar Daerah Muallim.

Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang yang hadir merasmikan majlis melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian UPSI kerana berjaya menubuhkan makmal yang begitu canggih untuk kemudahan komuniti Tanjung Malim.

Beliau turut menyeru warga Tanjung Malim dan Hulu Bernam supaya menggunakan dan memanfaatkan kemudahan awam yang ada di UPSI itu dengan sebaik mungkin.

Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang (kanan) melakukan gimik perasmian bagi pelancaran Makmal Neurofeedback.

Sementara itu, Dekan FPM. Prof Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, makmal tersebut merupakan yang pertama antara universiti awam (UA) khususnya dalam bidang pendidikan khas.

Menurut beliau, pelancaran makmal itu sesuai pada waktunya kerana dengan penubuhan makmal tersebut dapat membantu masyarakat dan kanak-kanak khususnya dalam pembelajaran pendidikan khas.

“Fakulti turut terdapat sembilan buah makmal lagi yang digunakan untuk bidang pendidikan khas. Justeru, makmal ini merupakan pelengkap kepada makmal terapi yang telah tersedia di UPSI.
“Ini kerana Jabatan Pendidikan Khas khususnya, hanya mempunyai empat orang jurupulih, cara kerja, dan seorang terapi pertuturan, dan dengan penubuhan makmal tersebut dapat memberi perkhidmatan yang lebih cepat kepada mereka," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...