> KONVO > 744 graduan dirai sempena Majlis Graduasi ke-23 Kumpulan MSU College
744 graduan dirai sempena Majlis Graduasi ke-23 Kumpulan MSU College
ZALMIMAZURA ZAHARI FOTO: IHSAN MSU Isnin | 22 April 2019

SHAH ALAM - Majlis Graduasi ke-23 Kumpulan MSU College menyaksikan seramai 744 graduan menerima skrol iaitu 590 graduan terdiri daripada pemegang diploma dan 154 graduan sijil yang diadakan di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU), di sini, kelmarin.

Ia melibatkan bidang pengajian sains kesihatan, farmasi, sains maklumat dan kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan pengajian profesional, pendidikan, hospitaliti dan seni kulinari.

Joann Priyanka graduan Diploma Reka Bentuk Grafik dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Presiden manakala Firhan Kat Faizal Kat Tze Hoong pemegang Diploma Pengurusan dianugerahkan penerima Anugerah Mohd Shukri Yajid.

Selain itu 11 graduan turut menerima Anugerah Akademik iaitu Muhammad Zulhakimi Mohd Nadzari, Tengku Nur Azmina Tengku Nasir, Nurul Atirah Syahira Abdul Aziz, Tan Vivien, Abdul Karim Matin Manap, Nur Irdina Khilmi, Sathiya A/L Murugiah, Leelawathy A/P Murugan, Sarah Munirah Khalid, Nadiah Afifah Yazid dan Daarshini A/P Muthu Naidu.

Turut menerima penganugerahan adalah penerima Anugerah Industri iaitu Norhaina Asali, Puteri Lia Shazleena Ahmad Razemi, Farah Hanan Abdullah dan Angel Mooi Kang Ling.

Kesemua penerima ini diberi tajaan biasiswa bagi melanjutkan pengajian di MSU.

Untuk Penerima Anugerah Emas Presiden, diberikan tajaan biasiswa sebanyak RM15,000, manakala penerima Anugerah Mohd Shukri Yajid sebanyak RM10,000 dan penerima Anugerah Industri sebanyak RM6,000.

Majlis graduasi ini juga turut melibatkan 36 graduan terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mana mereka ini merupakan kumpulan ke-4 yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Hotel di MSU College.

Prof. Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid beramah mesra bersama graduan selepas tamat majlis graduasi ke-23 Kumpulan MSU College.

Presiden Kumpulan MSU College, Prof. Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid berkata, MSU College memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatil dengan menitik beratkan elemen Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Dalam konteks Kolej dan Universiti, kami juga mensasarkan kepada 50 peratus program pengijazahan dalam bidang TVET. Saya yakin TVET mampu diperkasakan dan saya percaya bidang TVET ini boleh membantu pembangunan negara dan sekali gus membuka peluang kerjaya di kalangan mahasiswa,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Terdahulu, majlis telah disempurnakan Pengerusi Kumpulan MSU College dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Datuk Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan turut dihadiri Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr. Junainah Abd Hamid.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...