> > Semangat setia kawan pengurusan Kolej Perindu bersama JPK dan SRK di Pulau Redang
Semangat setia kawan pengurusan Kolej Perindu bersama JPK dan SRK di Pulau Redang
ROSILAWATI ABDUL JAMIL Selasa | 23 April 2019

PULAU REDANG - Seramai 32 orang peserta dari Kolej Perindu UiTM Shah Alam telah hadir ke program ‘Team Building’ bertempat di Pulau Redang, Terengganu, baru-baru ini.

Menurut Pengetua Kolej, Pekan Ramli, program ini bertujuan untuk mendekatkan para Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Staf Residen Kolej (SRK) serta Pengurusan Kolej dalam satu program pembentukan diri dan semangat setia kawan.

'Team Building’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam, bertempat di Pulau Redang.

Program ini dapat memberi pembelajaran secara terus kepada para JPK dalam menguruskan sesuatu program dari awal hingga ke akhir.

Latihan snorkeling memberi daya tahan dan sekali gus memberi peluang kepada para peserta mengintai kehidupan dasar laut yang mempersonakan di samping dapat menghayati keindahan laut biru Pulau Redang yang masih terjaga.

Selain dari melihat ikan yang berwarna-warni di dasar laut, para peserta juga berpeluang melihat penyu yang turut sama berada di kawasan berkenaan.

Peserta 'Team Building' UiTM Shah Alam menaiki bot semasa melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang.

Rata-rata para peserta amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan ini. Keselamatan para peserta sepanjang program berlangsung amat dijaga oleh JPK dan SRK.

Peralatan snorkeling yang lengkap juga disediakan bagi menjaga keselamatan para peserta semasa berada di dalam air.

Sebelum bertolak balik, satu lagi destinasi wajib singgah ialah ke Pasar Payang. Tidak sah kalau tidak dibawa pulang keropok lekor dan satar serta batik sutera Terengganu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...