> AKTIVITI KAMPUS > Hari kesihatan pergigian Kolej Komuniti Kuantan
Hari kesihatan pergigian Kolej Komuniti Kuantan

KUANTAN - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Kolej Komuniti Kuantan dengan kerjasama Bahagian Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian Kolej Komuniti bertempat di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan, baru-baru ini.

Program yang disertai oleh 100 orang pelajar ini dianjurkan sebagai langkah untuk memastikan semua pelajar Kolej Komuniti mencapai tahap 'orally fit' dengan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian sekali dalam tempoh pengajian mereka.

Hari Kesihatan Pergigian Pelajar Kolej Komuniti.

Penasihat Program, pensyarah Program Teknologi Elektrik yang juga merupakan Kolej Komuniti Kuantan, Asmawi Muda @ Othman, berkata para pelajar didedahkan dengan kepentingan kesihatan pergigian oleh pegawai pergigian dan dibantu oleh Ikon Gigi Remaja (iGG-R).

“Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan para pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti promosi kesihatan gigi selain meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam penjagaan kesihatan pergigian”, katanya.

Tambah beliau lagi, dua orang pelajar Kolej Komuniti Kuantan yang terpilih sebagai iGG-R merupakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), iaitu pelajar Program Teknologi Elektrik, Abdullah Ihsan Zarir dan pelajar Program Operasi Perhotelan, Alzairieza Aling yang berperanan untuk membina jaringan sukarelawan pergigian yang mahir mengenai kesihatan pergigian dan cara penjagaan kesihatan pergigian untuk disampaikan kepada rakan-rakan pelajar yang lain.

Bersama dua orang Ikon Gigi Remaja.

Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar telah diberikan taklimat mengenai penjagaan gigi, demonstrasi latihan memberus gigi, latihan berkumpulan serta sesi pembentangan.

Selain itu, para hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan busking oleh The Jiwa Band yang merupakan para pelajar Kolej Komuniti Kuantan.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah Kuantan, Dr Suzana Sharif, turut hadir hadir Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Rosli Zainuddin, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan, Che Ariza Che Kasim, Penyelaras 1 Program Ikon Gigi Remaja Daerah Kuantan, Dr Zuhaidah Zuber, serta Penyelaras 2 Program Ikon Gigi Remaja Daerah Kuantan, Dr Mohd Shahrul Ghazali.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...