> > 16 buah sekolah dipilih menjadi sekolah angkat Kolej Komuniti Pasir Salak
16 buah sekolah dipilih menjadi sekolah angkat Kolej Komuniti Pasir Salak

PASIR SALAK – Kolej Komuniti Pasir Salak meluaskan jalinan strategik dan kolaborasi bersama Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dan Manjung serta 16 buah sekolah melalui Program Sekolah Angkat 2019.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak Salmah Ijam, bagi merealisasikan amanat Menteri Pendidikan 2019 dalam meningkatkan keupayaan institusi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) agar terus kekal kompetitif dan menepati kehendak pasaran, telah mencetuskan perancangan untuk menjalankan Progarm Sekolah Angkat 2019.

Katanya, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang pendidikan selepas SPM dalam bidang TVET, di samping program ini juga membantu memberi kefahaman kepada para pelajar mengenai laluan kerjaya dalam bidang TVET.

“Selaras dengan intipati Amanat Menteri Pendidikan tahun 2019 untuk menjadikan ‘TVET sebagai pilihan utama’, maka pihak Kolej Komuniti Pasir Salak menyambut baik hasrat ini dengan mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Sekolah Angkat 2019 ini.
"Program ini dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutamanya pelajar yang cenderung dalam bidang teknikal (TVET) berbanding akademik untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di Kolej Komuniti Pasir Salak," katanya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Dan Tanah Kampung Gajah, Norhisyam Karno.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Amalulkhair Sarbini, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Mudzaffar Shah Mohammed Rajamal serta wakil-wakil Pejabat Pendidikan Perak Tengah dan Manjung, pengetua-pengetua serta guru-guru kaunselor.

Dalam itu, Salmah berkata, melalui sesi tandatangan Nota Kolaborasi dan Kerjasama Strategik di antara KKPS dan pengetua-pengetua sekolah, termetrai jalinan strategik melalui perkongsian ilmu mengenai peluang pendidikan dalam bidang TVET.

Tambahnya, selain itu juga, perkongsian maklumat, kepakaran dan perundingan latihan, perkongsian kemudahan, peralatan dan tempat latihan, penglibatan dalam pelbagai aktiviti pelajar serta membantu menyebarluaskan peranan Kolej Komuniti sebagai institusi TVET.

Termeterailah jalinan strategik di antara KKPS dan pengetua-pengetua sekolah.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri, SMK Seri Iskandar, SMK Iskandar Shah, SMK Changkat Lada, SMK Sungai Ranggam, SMK Sultan Muzafar Shah 1, SMK Sultan Abdul Jalil Shah, SMK Sultan Muhammad Shah, SMK Dato’ Seri Maharajalela, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Manakala di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Manjung adalah SMK Pangkor, SMK Batu Sepuluh, SMK Raja Shahriman, SMK Ambrose, SMK Seri Manjung dan SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin.

Dalam pada itu, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak turut mengadakan kunjungan hormat ke PPD Perak Tengah dan Manjung bagi menjelaskan matlamat dan hala tuju program ini yang mendapat galakan amat baik dari kedua-dua pejabat pendidikan daerah.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...