> > Hari Terbuka Aswara 2019 membuka peluang dalam industri seni kreatif
Hari Terbuka Aswara 2019 membuka peluang dalam industri seni kreatif
SITI MAHFUZAH JAMALUS, ASWARA Khamis | 25 April 2019

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan mengadakan Hari Terbuka Aswara 2019 pada 27 April 2019 bertempat di Aswara bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Mula diadakan sejak 2017 dan dijadikan sebagai acara tahunan Aswara dan tahun ini merupakan penganjuran buat kali yang ketiga.

Hari Terbuka ini diadakan untuk memperkenalkan Aswara dan program pengajian yang ditawarkan kepada orang awam dan bakal penuntut serta meningkatkan jumlah permohonan masuk ke Aswara.

Ia turut memberi peluang kepada orang awam dan bakal penuntut untuk menyaksikan persembahan yang bakal diadakan pada hari berkenaan dan akan turut dilaksanakan ujibakat dan walk-in interview kepada mereka yang ingin meneruskan pelajaran di Aswara.

Antara persembahan yang bakal diadakan adalah persembahan tarian daripada penuntut Fakulti Tari, persembahan muzik moden dan tradisional daripada penuntut Fakulti Muzik dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) serta persembahan istimewa daripada kumpulan Caklempong Sanggar Mustika dari MRSM Tun Ghaffar Baba, Melaka.

Hari Terbuka Aswara 2019

Hari Terbuka Aswara 2019 ini juga turut menampilkan selebriti seperti pengarah terkenal, Rashid Sibir dan pengarang berita serta personaliti TV3, Azwaliza Azman yang akan mengadakan taklimat kerjaya yang bertajuk “Kerjaya dalam Industri Seni Kreatif”.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka Aswara 2019 ialah Aril Fazrie, Serra Kamal, Alyssa Rosli, Akmal Ayob dan beberapa lagi instafamous yang akan membuat persembahan diiringi oleh Five Seconds To Merbok band dan LITA band dari Fakulti Muzik Aswara.

Menurut Rektor Aswara, Prof. Madya Sahar Sa’di Hashim, tujuan Hari Terbuka Aswara 2019 diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam terutama para pelajar yang berminat untuk menjadi penuntut Aswara.

"Program sebegini merupakan satu langkah dalam melahirkan Cendekiawan Seni yang berilmu dan berkaliber serta berpotensi untuk menjadi pelapis dalam Industri Seni Kreatif.

“Sempena hari terbuka ini, bengkel latihan dari pihak fakulti dan pusat akan diadakan untuk meningkatkan minat dan kefahaman penuntut terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di Aswara," katanya.

Pusat Temu Duga Hari Terbuka Aswara 2019

Prof. Madya Sahar turut berharap agar Hari Terbuka Aswara 2019 ini dapat menarik minat orang awam untuk berkunjung dan mengenali Aswara dengan lebih dekat lagi dan turut serta dalam aktiviti dan program yang bakal diadakan pada hari berkenaan.

Bagi yang berminat untuk memasuki Aswara, anda perlu membawa sijil-sijil yang berkenaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf yang asal dan salinan untuk menjalani sesi temuduga dan ujibakat pada Hari Terbuka Aswara 2019.

Pada tahun 2017, penganjuran Hari Terbuka telah menerima seramai 800 orang pengunjung dan pada tahun 2018 pula seramai 1,600 orang pengunjung direkodkan.

Justeru, tahun ini, Aswara mensasarkan seramai 2,000 orang pengunjung yang hadir ketika Hari Terbuka Aswara 2019 diadakan.

Orang ramai turut dialu-alukan untuk kongsikan poster utama Hari Terbuka Aswara #HTA2019. Pengunjung turut berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...