> JOHOR > Lokasi baharu mudah akses pelatih GiatMara
Lokasi baharu mudah akses pelatih GiatMara
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 26 April 2019

KOTA TINGGI - Setelah lebih 20 tahun berpusat di Felda Air Tawar 2, pusat latihan GiatMara Kota Tinggi kini berpindah di bandar Kota Tinggi dalam usaha memudahkan lagi akses kepada pelatih mendapatkan kursus dalam bidang kemahiran.

Pengurusnya, Rumandang Rahmat berkata, pusat berkenaan kini beroperasi di bangunan Mara sendiri iaitu di Jalan Mawar di mana kini mempunyai seramai 60 pelatih yang dipindahkan dari GiatMara Sedili dan Felda Air Tawar 2.

Menurutnya, sebelum ini mereka terpaksa menumpang di bangunan Felda dan menyewa di Sedili namun kini tidak lagi.

“Di Felda Air Tawar 2 kita dah beroperasi sejak 1996 manakala di Sedili sejak 2008. Sekarang kita berpusat di bangunan baharu di mana lebih selesa dan mudah pelatih kita dari jauh untuk datang dan menuntut ilmu.
“Di dua lokasi sebelum ini memang agak jauh jadi menyukarkan pelatih kerana ada yang tiada kenderaan sendiri namun di Felda Air Tawar 2 ia masih menjadi cawangan kita kerana ada penempatan untuk pelatih bagi kursus teknologi bangunan. Sementara di Sedili menjadi pusat usahawan GiatMara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Kesyukuran dan lawatan Pengarah GiatMara Negeri Johor, Muhamad Merjuki Kasanwidi di pusat latihan berkenaan, semalam.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...