> IKON > Tak sempat menganggur lama, ini yang Ain lakukan bantu mudahkan warga kampus...
Tak sempat menganggur lama, ini yang Ain lakukan bantu mudahkan warga kampus...
NORHAYATI ALLI Selasa | 30 April 2019

PELUANG mengikuti kursus keusahawanan di bawah Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebaik tamat pengajian pada 2016, tidak disia-siakan Wan Nor Fajril Ain Wan Yusof, siswazah Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini.

Malah, apabila diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai Pengurus Projek bagi Siswa Save di bawah Kosiswa UMT Berhad, pengetahuan keusahawanan diperoleh dimanfaatkan dan dikongsi pula kepada juniornya yang bekerja sambilan di kedai runcit kampus universiti itu.

"Menerusi Siswa Save ini, ia bukan sahaja dapat membantu mahasiswa dengan memberikan diskaun atau kupon bagi menggalakkan lagi mereka menggunakan kemudahan membeli di sini memandangkan kami juga menawarkan pelbagai barangan peribadi dan keperluan harian lain.
Siswa Save, memberi banyak kemudahan kepada mahasiswa UMT. (FOTO KOLEKSI AIN)
"Pada masa sama Siswa Save turut memberi peluang pekerjaan kepada penuntut sebagai part-timer yang secara tidak langsung mereka boleh belajar keusahawanan dan mengendalikan pengurusan kedai," katanya.

Selain itu, tambahnya, Siswa Save juga membekalkan barangan seperti hamper kepada jabatan dan kelab-kelab di UMT.

Kembangkan projek perniagaan

Alumni UMT berusia 25 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Ain ini, tidak pernah terfikir pun untuk serius dalam keusahawanan, tambahan lagi tiada dari kalangan keluarga menceburi bidang berkaitan.

"Semuanya atas minat sendiri, tetapi kawan-kawan dan keluarga turut memberi dorongan," katanya yang berpeluang menimba pengalaman bekerja di bahagian jualan Celcom Kuala Terengganu ketika di bawah SL1M selama lebih kurang setahun sebelum memulakan perniagaan runcit Siswa Save dengan modal daripada Kosiswa UMT Berhad pada 1 Februari 2018.

Tidak sempat menganggur lama, Ain memilih bidang keusahawanan kerana ingin mempraktikkan apa yang dipelajari secara meluas ketika di bawah SL1M serta ingin membantu mengembangkan lagi projek perniagaan runcit Siswa Save Kosiswa UMT Berhad.
Wan Nor Fajril Ain di hadapan Siswa Save Kosiswa UMT Berhad yang dikendalikannya. (FOTO KOLEKSI AIN)

Pengalaman

Dalam perniagaan, Ain tidak menafikan turut melalui pelbagai cabaran dan pengalaman, apatah lagi masih baru dalam bidang peruncitan ini.

"Pernah jugalah menghadapi pengalaman macam mana untuk mengawal 'short' duit dalam jualan kedai. Saya cuba selesaikan dengan mengajar staf bagaimana untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah 'shortage' seterusnya cara mengendalikan keluar masuk stok dengan lebih teratur.
Antara barangan utama di Siswa Save untuk kemudahan warga UMT khususnya kalangan mahasiswa. (FOTO KOLEKSI AIN)

"Tapi, di sebalik pengalaman tersebut, saya dapat meningkatkan lagi ilmu keusahawanan saya dan macan mana untuk mengurus kedai dengan baik. Di samping itu, saya mendapat kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerjaan saya selain bonus kerana mencapai KPI yang ditetapkan oleh Kosiswa UMT Berhad," akhirinya sambil bertekad bersama rakan-rakan lain akan membawa jenama Kosiswa UMT Berhad ke luar UMT di bawah projek Siswa Save.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...