> > Kumpulan Warisan Pusaka PUO dinobat sebagai juara GUK 2019
Kumpulan Warisan Pusaka PUO dinobat sebagai juara GUK 2019
NUR AZRINA ZAINAL ARIFF, PUO Khamis | 2 Mei 2019

IPOH - Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar sejarah apabila buat julung kalinya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Dikir Barat Gerak Usahawan Kampus (GUK 2019) sempena sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Kumpulan Warisan Pusaka yang mewakili Politeknik Ungku Omar turut menyapu bersih kemenangan apabila dinobatkan tukang karut terbaik, tok juara terbaik, busana terbaik, pemuzik terbaik dan awok-awok terbaik.

Pengurus pasukan Muhammad Redzuan Che Noordin (empat dari kanan) bersama kumpulan dikir barat Warisan Pusaka, PUO.

Pengurus pasukan kumpulan Warisan Pusaka PUO, Muhammad Redzuan Che Noordin berkata, kumpulan dikir barat ini diterajui oleh 20 orang pelajar yang terdiri daripada seorang tukang karut, seorang tok juara, lima pemuzik dan 13 awok-awok.

"Pasukan dikir barat PUO ini telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah menyertai beberapa pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan," katanya.

Menurutnya lagi, kumpulan Warisan Pusaka mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menjalani latihan di samping mendapat khidmat nasihat daripada Pertubuhan Kelana Seni dan Warisan Negeri Perak.

"Pemilihan lagu adalah mengikut tema yang ditetapkan oleh urus setia Gerak Usahawan Kampus iaitu 'ilmu usahawan modal insan cemerlang',"
"Tempat kedua menjadi milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kumpulan Sutera Pawana) Selangor sementara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Kumpulan Sri Perkasa), Dungun, Terengganu pula pemenang tempat ketiga," katanya.

Pertandingan dimeriahkan dengan dua pengacara iaitu dari Pertubuhan Kelana Seni dan Warisan Negeri Perak, Mohd Zulkhairi Berhanudin dan pelajar PUO, Wardah Ataillah Hussni cukup menghiburkan para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Kumpulan dikir barat Warisan Pusakan, PUO ketika sedang beraksi di pentas GUK 2019.

Juri pertandingan Dikir Barat Gerak Usahawan Kampus diadili oleh artis dikir barat yang berpengalaman luas dan berbakat, Halim Yazid.

Manakala, hadiah disampaikan oleh Pengarah Program Gerak Usahawan Kampus sempena sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia, Dr Annafatamawati Ismail.

Menurut Dr Annafatamawati, acara sebegini bukan hanya sambutan semata-mata malah turut menjadi platform untuk penuntut memperolehi ilmu usahawanan dan dalam waktu yang sama mengenal kesenian dalam dikir barat.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...