> TERENGGANU > Santapan Mesra Minda Intelek sempena peperiksaan akhir
Santapan Mesra Minda Intelek sempena peperiksaan akhir
NURUL ILYANI ABDULLAH Jumaat | 3 Mei 2019

HULU TERENGGANU - Program Santapan Mesra Minda Intelek sempena Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2019 telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang mana unit ini telah mengedarkan sarapan percuma kepada mahasiswa PHT sepanjang minggu peperiksaan akhir yang berlangsung pada 21 April hingga 25 April 2019.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu mahasiswa yang terpaksa berjimat cermat hinggakan ada antara mereka berpuasa kerana minggu peperiksaan berlangsung pada hujung semester serta wang Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semakin terhad.

Mahasiswa PHT mengambil peluang mendapatkan makanan percuma yang disediakan Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Hulu Terengganu.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Pelajar PHT, Abdullah @ Mat Yusof Yaacob sebanyak 350 pek roti dan air kotak diedarkan kepada mahasiswa PHT yang menjalani peperiksaan selama 5 hari berturut-turut.

Sebelum ini, MPP PHT sering mengadakan Dapur PHT yang mana juga diadakan untuk membantu meringankan beban kewangan serta dapat menjimatkan perbelanjaan harian mahasiswa PHT.
Mengagihkan sarapan percuma kepada mahasiswa PHT sepanjang minggu peperiksaan akhir.

Rentetan dari usaha ikhlas yang dilakukan oleh MPP ini menggerakkan HEP untuk membantu mahasiswa di sepanjang musim peperiksaan dijalankan. Edaran makanan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian dan memudahkan para mahasiswa sebelum menjalani peperiksaan tanpa perlu mengejar masa untuk mengalas perut sebelum menjawab soalan peperiksaan. Secara tak langsung membuatkan mahasiswa PHT lebih fokus dan bertenaga semasa menjawab peperiksaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...