> > Hebatnya Tisha! Mampu kuasai 4 bahasa pelbagai bangsa, tak sangka ini paling dinantikan menjelang Ramadan
Hebatnya Tisha! Mampu kuasai 4 bahasa pelbagai bangsa, tak sangka ini paling dinantikan menjelang Ramadan
HAZELEN LIANA KAMARUDIN Isnin | 6 Mei 2019

SELAIN mampu berbahasa Tamil, kepetahan T Tisha, 25, bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris menjadikan anak muda ini mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat.

Mana tidaknya, kebolehan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menjadikan dia tidak kekok untuk berdampingan dengan masyarakat lain seperti Melayu dan Cina.

Tanpa berselindung, Tisha berkata, setiap hari dia akan menggunakan kesemua bahasa tersebut untuk berkomunikasi dengan masyarakat di negeri ini.

T Tisha (dua dari kanan) bersama-sama rakan sekerjanya menyertai program dalam baru-baru ini.
“Di rumah saya berkomunikasi dalam bahasa Tamil.
“Selain itu saya turut menggunakan bahasa Mandarin kerana kedua-dua adik perempuan turut fasih bahasa tersebut.
“Semasa di tempat kerja pula saya lebih selesa bertutur bahasa Melayu,” katanya yang bekerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Dua di sini kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya, setiap hari dia menggunakan kesemua bahasa tersebut bagi memudahkan pergaulannya.

Selain itu, katanya, dia juga merupakan guru tuisyen bahasa Mandarin, akaun dan matematik pada sebelah malam.

Selesa berbaju kurung

Tisha berkata, kehidupan hariannya yang memerlukan dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat membuatkan dia tidak kekok bertutur menggunakan pelbagai bahasa.

Malah, katanya, dia juga selesa berbaju kurung pada setiap hari.

Tisha (dua dari kiri) bersama-sama rakan sekerjanya.

“Bukan itu sahaja makanan kami di rumah juga pelbagai dan variasi. Ada masakan India, Cina dan Melayu mengikut selera masing-masing.

“Paling saya suka nasi kerabu, nasi dagang dan laksam manakala aneka sup pula jadi pilihan bila teringin nak makan masakan Cina,” katanya.

Tisha yang berasal dari Berek 12 Kota Bharu ini berkata, kemahiran berbahasa Cina dipelajari ketika dia bersekolah di SRJK (Cina) Peir Chih dan SMJK (Cina) Chung Cheng.

Tisha (kanan) ketika bersekolah di SMJK (Cina) Chung Cheng yang membolehkan dia mampu bertutur dalam bahasa Mandarin.

Katanya, ketika melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Kolej Multimedia Kuala Lumpur dalam jurusan akaun kebanyakan kawan-kawannya merupakan pelajar Melayu.

Tisha berkata, disebabkan itu dia berasa bangga apabila mempunyai ramai kawan daripada pelbagai kaum.

“Seronok berkawan dengan pelbagai kaum kerana saya boleh meraikan semua perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Krismas.
“Paling dinantikan apabila tiba Ramadan di mana saya akan turut sama berpuasa dan berbuka puasa bersama rakan-rakan Islam yang lain,” katanya.

Lebih menarik lagi, Tisha juga pandai membuat beraneka jenis biskut raya dan ditempah oleh rakan-rakan Melayu setiap kali Aidilfitri.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...