> SUKAN > Pasukan mendayung UTeM tetap puas timba pengalaman
Pasukan mendayung UTeM tetap puas timba pengalaman

PASUKAN mendayung (rowing) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi Kategori Women 8+ dan tempat keempat bagi Kategori Men 8+ pada Kejohanan Head of Muar River Regatta 2019 yang berlangsung di Oyster Bay Muar, Johor, baru-baru ini.

Kejohanan perlumbaan mendayung sejauh 6.8KM dengan kategori bot lapan orang pendayung (Men 8+ dan Women 8+) tersebut telah dianjurkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Johor Rowing Association dan Kelab Rowing Putrajaya.

Pasukan mendayung wanita bersama pingat kemenangan mereka. (FOTO UTeM)
Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr Rosli Saadan berkata, objektif utama penganjuran kejohanan ini adalah bagi memperkenalkan lagi sukan mendayung di serata Malaysia, mencari lebih ramai bakat baru dan mengasah lebih ramai bakat atlet dari serata Malaysia yang bertaraf antarabangsa.
Pasukan mendayung UTeM bagi kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Head of Muar River Regatta 2019. (FOTO UTeM)

Jelasnya, pasukan UTeM yang masing-masing diwakili sembilan pendayung lelaki dan wanita telah berentap dengan jayanya bersama dengan penyertaan pasukan lain dari seluruh negara antaranya seperti Kuala Lumpur Rowing Club (KLRC), UTHM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pasukan Alumni Pemain Kebangsaan dan Persatuan Mendayung Negeri Terengganu (Perdata).

Pasukan mendayung lelaki UTeM sebelum kejohanan berlangsung. (FOTO UTeM)

Mengulas lanjut, Dr Rosli berkata, pasukan mendayung UTeM yang menggelar diri mereka sebagai UTeM Stingrayz Rowing Team turut pernah beraksi dan meraih pengalaman sebelum ini menerusi penyertaan Indoor Rowing Challenge yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor Baharu pada hujung 2018.

“Pada Indoor Rowing Challenge tersebut, UTeM Stingrayz Rowing Team berjaya merangkul empat pingat iaitu satu emas bagi Women Pair 2000M, satu perak bagi Mens Pair 2000M, satu perak dan satu gangsa bagi acara Mix Relay 2000M,” jelasnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...