> > Suasana fizikal pembelajaran bukan penentu kejayaan
Suasana fizikal pembelajaran bukan penentu kejayaan
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 9 Mei 2019

TANJUNG MALIM – Generasi muda pada masa kini seharusnya tidak meletakkan alasan suasana fizikal pembelajaran di tempat pengajian sebagai faktor kegagalan dalam pelajaran.

Menurut Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, kecemerlangan yang dicapai semuanya berpunca daripada sikap.

Katanya, seperti mana yang pernah diutarakan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, tiga perkara yang menyebabkan seseorang terkebelakang di antaranya ialah sikap dan juga budaya.

Antara pameran nostalgia zaman persekolahan di Galeri Seni, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
"Buktinya, biarpun tanpa teknologi dan alatan canggih untuk pengajaran di bilik darjah pada awal zaman selepas kemerdekaan mampu melahirkan ramai barisan kepimpinan yang ada pada hari kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Nostalgia Zaman Persekolahan anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Galeri Seni, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi Sains dan Alam Sekitar, Dr. Abdul Aziz Bari.

Turut diadakan sesi Bicara Tokoh, bertajuk Nostalgia Pendidikan Negara yang disampaikan oleh Prof Emeritus Ezrin Arbi dari Universiti Malaya dan dimudahcara oleh Raja ahmad Shalaby Raja Hassan.

Antara pameran nostalgia zaman persekolahan di Galeri Seni, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Pameran yang mempamerkan replika pakaian sekolah dan kelengkapan persekolahan seperti, tali leher, tali pinggang, kasut, lencana, buku, beg, alat tulis serta kelengkapan sekolah lain yang pernah digunakan dari dahulu hingga kini ini berlangsung dari 30 April hingga 31 Ogos 2019.

Selain itu, replika atau koleksi peralatan bantu mengajar serta gambaran suasana persekolahan pada zaman persekolahan sebelum dan selepas merdeka juga turut akan dipamerkan bagi memberikan gambaran jelas suasana persekolahan sekaligus bakal mengimbau kembali nostalgia pengunjung sewaktu di zaman persekolahan.

"Saya berharap menerusi pameran tersebut, dapat memberi imbasan dan pengajaran kepada generasi muda untuk terbang lebih jauh sesuai dengan budaya yang diterapkan oleh UPSI untuk menjadi universiti pendidikan nombor satu di Malaysia," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...