> > "Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000." - Dr Maszlee
"Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000." - Dr Maszlee
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 10 Mei 2019

MENERUSI hantaran terkini yang dimuat naik Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik di akaun Instagram miliknya, kelihatan rakaman aksi beliau membuat bahasa isyarat.

Aksinya sempat dirakam melalui kamera ketika Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baru, semalam.

Apa yang menarik mengenai rakaman aksi beliau adalah Dr Maszlee menggunakan bahasa isyarat seolah-olah sama dengan bahasa isyarat yang ada di dalam filem yang mendapat tempat di hati ramai iaitu filem Avengers: End Game.

Instagram Dr Maszlee.

Kata Dr Maszlee, beliau juga memohon kemaafan seandainya bahasa isyarat yang dilakukan tersilap kerana masih dalam proses pembelajaran. Ia juga adalah sejajar dengan semangat keterangkuman pendidikan (pendidikan inklusif) yang diperjuangkan bersama.

Melalui bahasa isyarat ini, saya ingin sampaikan: . "Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000." . Saya ingin meminta maaf jika tersilap, kerana saya masih baru belajar dan sentiasa ingin mempraktikkannya. . Ia adalah sejajar dgn semangat keterangkuman pendidikan (pendidikan inklusif) yang kita perjuangkan bersama.

Rata-rata komen yang ditinggalkan warga maya sangat positif dan terhibur. Ternyata mereka menyukai cara YB Dr Maszlee yang begitu sporting dan serba boleh.

Kata @purpletulipsz, "U are one amazing minister YB! May God bless you 3000!"

Manakala tulis @pokdan_shahhidan, "Terbaik Dr. Satu penghiktirafan kpd bahasa isyarat."

Kata @ustdrnik, "Respect Dr Maszlee. Sempat mengambil peluang beberapa saat utk hantar mesej kpd khalayak."

Manakala tulis @lailaserinur, "Wah menteri pendidikan serba boleh... terbaik YB Dr. Maszlee."

Kata @ayuewahid, "Abg saya OKU bisu pendengaran minta sampaikan salam dan terima kasih kerana usaha YB... he said he love u 3milion."

Ini yang mereka katakan tentang aksi rakaman Dr Maszlee yang seakan-akan aksi dalam filem Avengers: End Game. Dan mereka pun turut menyambut salam Dr Maszlee tersebut. Memang sporting betul!

Kata @abbylatif, "Wow, fefeeling Stark. Anyways YB, looking forward to working with you again and making more cute videos at Simpang Renggam with you!"

Kata @rasadibaradzi, "Ahahahaha.. So Avengers YB. Then we all love you 3000 more."

Kata @i77uddin, "Steady Dr, layan Endgame jugak hehe."

Kata @mazqas, "Terbaik.. YB, samalah 'Avengers = I love you 3,000'."

[VIDEO]

Sumber: Instagram Dr Maszlee Malik


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...