> > UMK sasar jadi universiti keusahawan nombor satu Malaysia, terbaik Asia menjelang 2030
UMK sasar jadi universiti keusahawan nombor satu Malaysia, terbaik Asia menjelang 2030
AZLIDA ALIMIN Ahad | 12 Mei 2019

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) optimis untuk mencapai kelayakan sebagai sebuah universiti keusahawanan nombor satu di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Naib Canselor UMK, Prof Ts Dr Noor Azizi Ismail berkata, pihaknya juga menyasarkan untuk menjadi universiti terbaik peringkat Asia Tenggara pada 2026 dan Asia menjelang 2030.

Beliau berkata, pihaknya bakal melaksanakan inisiatif khusus antaranya mempersiapkan tenaga pengajar UMK untuk menjalani latihan semula dalam bidang keusahawanan sebelum latihan tersebut diterapkan kepada pelajar.

UMK

“Kita akan memperkemaskan hubungan dalaman antara fakulti, kemudian ke peringkat negeri seterusnya peringkat nasional.

“Selagi tidak mencapai 30 peratus kadar graduan bergelar usahawan, UMK tidak boleh mengaku sebagai universiti keusahawanan yang terunggul,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Gerak Gempur Universiti No 1 di Malaysia pada 2023, Asia Tenggara (2026) dan Asia (2030).

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Pusat Strategik UMK, Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Noor Azizi berkata, buat masa ini hanya 2.82 peratus pelajar bergelar usahawan dan akan memastikan usaha 30 peratus kadar graduan bergelar usahawan dicapai dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Hussamuddin menegaskan, matlamat tersebut boleh tercapai sekiranya semua pihak mengubah cara bekerja secara luar biasa setiap masa.

Beliau turut menekankan cara bekerja tersebut perlu diiringi dengan sifat-sifat tertentu antaranya sentiasa mengejar peluang, berani mengambil risiko, memiliki pemikiran kritis dan bertindak pantas dalam setiap peluang.
“Apatah lagi jika ingin dinobatkan sebagai universiti nombor satu di Malaysia, Asia Tenggara dan Asia menjelang 2030. Bagi mencapai misi itu, cara kita bekerja bukan lagi biasa tetapi perlu menjadi luar biasa, unggul,” katanya.
Hussamuddin (empat dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada pensyarah baharu UMK di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota semalam.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...