> > Indahnya Budaya Integrasi dikongsi bersama
Indahnya Budaya Integrasi dikongsi bersama
MOHAMAD SYAHFIZI REJAB Isnin | 13 Mei 2019

Program Budaya Integrasi Benua Ilmu ini telah diadakan di Kampung Parit Serong, Tanjong Karang, Kuala Selangor, pada baru-baru ini.

Program ini melibatkan mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB), Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Professional, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, mahasiswa Universiti Walailak Thailand, mahasiswa Universiti Rajabhat Thailand.

Turut terlibat, JKK Kampung Parit Serong, kumpulan wanita Kampung Parit Serong, dan Orang Kampung Parit Serong, yang turut memeriahkan program Budaya Intergrasi Benua Ilmu ini.

Menurut mahasiswa APB yang merupakan Pengurus Program, Mohamad Syahfizi Rejab, objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa Bahasa Melayu Komunikasi Professional, Akademi Pengajian Bahasa menimba ilmu bahasa dan budaya di lapangan.

"Program ini juga diadakan adalah untuk mempromosikan bahasa, budaya dan cara hidup masyarakat Melayu kepada mahasiswa Universiti Walailak Thailand dan mahasiswa Universiti Rajabhat Yala Thailand dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti merewang masakan tradisi Melayu, Nasi Ambeng dan Bubur Candil, permainan sukan rakyat, serta aktiviti kesukarelawan membersih kawasan sekitar.

"Seterusnya, untuk membina jaringan dan merapatkan hubungan antara mahasiswa dari Universiti Walailak dan Universiti Rajabhat, Thailand dengan pelajar UiTM serta Masyarakat setempat," katanya.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan nilai kemasyarakatan, kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...