> > Penyelidik bahasa UTHM bentang ucaptama di Pakistan
Penyelidik bahasa UTHM bentang ucaptama di Pakistan
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Isnin | 13 Mei 2019

PAKISTAN - Profesor Madya. Dr. Elizabeth M. Anthony dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) telah dijemput sebagai penceramah dan pembentang ucaptama oleh dua universiti di Pakistan pada 28 hingga 31 Mac lalu.

Jemputan rasmi dari Quaid-e-Awam University of Engineering, Science & Technology (QUEST), Nawabshah serta Mehran University of Engineering & Technology (MUET), Jamshoro itu merupakan satu penghormatan untuk UTHM khususnya Pusat Pengajian Bahasa dalam usaha meningkatkan lagi keterlibatan universiti ini di peringkat global.

Semasa di QUEST, Dr. Elizabeth dijemput untuk menyampaikan ceramah yang berjudul Embrace disruption, rethink learning kepada hadirin yang terdiri daripada Naib Canselor, dekan-dekan, staf fakulti dan juga mahasiswa.

Jawatankuasa jemputan diketuai Prof. Dr. Zahid Hussain (Dekan Fakulti Sains), Dr. Insaf Ali Siming (Ketua Pusat Bahasa) dan Ghulam Farooq Channar (Ketua Pustakawan) mengiringi Dr. Elizabeth ke QUEST Central Library. (FOTO UTHM)

Ceramah yang berlangsung pada 29 Mac ini berkisar tentang keperluan untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kepada yang lebih maju selari dengan kepesatan dunia digital abad ke-21 ini.

Ceramah interaktif yang membuka minda itu disambut baik oleh para hadirin dengan sesi soal jawab sekali gus berupaya menarik minat mereka untuk mengenali UTHM, selain peluang melanjutkan pengajian di universiti ini.

Manakala pada 30 Mac lalu, Elizabeth juga telah dijemput sebagai pembentang bersama beberapa ahli linguistik terkemuka dari United Kingdom dan Amerika Syarikat ke International Conference on English Language & Linguistics (ICELL’19).

(Dari kiri) Prof. Dr. Inayatullah Kakepoto (Pengerusi); Prof. Dr. Muhammad Usman Keerio (Dekan Fakulti El, ES & CSE); Prof. Dr. Abdullah Saand (Dekan Fakulti Kejuruteraan); Dr. Elizabeth; Prof. Dr. Saleem Raza Samo (Naib Canselor) dan Dr. Zahid. (FOTO UTHM)

Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Bahasa Inggeris (ELDC), MUET dengan kerjasama Suruhanjaya Pengajian Tinggi (HEC), Pakistan.

Persidangan berbentuk forum ini diadakan bagi membincangkan cabaran dan inovasi pada abad ke-21 dalam kalangan komuniti penyelidik bahasa.

Persidangan antarabangsa yang bertemakan Challenges & Innovations in 21st Century Research in Linguistics & Applied Linguistics itu menampilkan empat pembentang ucaptama antarabangsa.

Dr. Elizabeth selaku pembentang ucaptama pertama menyampaikan topik bertajuk Problem-based learning: A trajectory for 21st century autonomous language learners.

Dr. Elizabeth sedang menyampaikan ucaptama di ICELL'19. (FOTO UTHM)

Ucaptama kedua bertajuk Substrata and contact in spoken Palestinian Arabic disampaikan oleh Profesor Dr. Francisco A. Marcos-Marin dari University of Texas, Amerika Syarikat, manakala Profesor Dr. Madhu Sharma dari Massachusetts, Amerika Syarikat pula menyampaikan topik bertajuk Challenges of teaching vocabulary to E5 students.

Sesi kemuncak persidangan ini menyaksikan ucaptama ketiga yang bertajuk English language in 21st Century yang disampaikan oleh Profesor David Crystal dari United Kingdom menerusi Skype.

Beliau merupakan pakar linguistik terkemuka yang juga telah menerbitkan dua ensiklopedia iaitu The Cambridge Encyclopedia of Language dan The Cambridge Encyclopedia of English Language.

Bertukar-tukar cenderamata. (FOTO UTHM)
Kehadiran Dr. Elizabeth ke persidangan ini secara tidak langsung dapat menonjolkan lagi bakat dan kemampuan penyelidik bahasa UTHM di mata dunia.

Di samping itu, jemputan seperti ini juga menjadi platform kepada UTHM amnya dan Pusat Pengajian Bahasa khususnya untuk terus menjalin hubungan kerjasama di peringkat antarabangsa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...