> Teknologi canggih untuk pemantauan harian glukosa pesakit diabetes
Teknologi canggih untuk pemantauan harian glukosa pesakit diabetes
AZIMAH GHAZALI Rabu | 15 Mei 2019

BERDASARKAN statistik Institut Diabetes Negara (Nadi), masyarakat Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia dengan lebih daripada 2.5 juta orang dewasa mempunyai penyakit itu.

Apa lebih membimbangkan, data Nadi menunjukkan bahawa hampir separuh rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka mempunyai diabetes.

Ketua Diabetes & Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin berkata, lazimnya, pesakit dengan diabetes jenis 2 terus hidup tanpa gejala.

“Selalunya, jika seseorang itu mengalami serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, menjadi buta atau ada anggota perlu dipotong, baharulah mereka menyedari mempunyai penyakit itu,” katanya sempena majlis pelancaran sistem pemantauan glukosa darah dan ß-ketone, i-SENS di Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melihat kepada situasi itu, i-Sens memperkenalkan CareSens yang diiktiraf di seluruh dunia ekoran keupayaan menyediakan keputusan ujian glukosa darah yang cepat dan tepat.

Dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 2.2 bilion jalur ujian daripada kemudahan pembuatan yang sangat efisien (dua di Korea, satu di China), eksport i-SENS ke lebih 110 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah.

Presiden & Pengasas Bersama i-SENS, Dr Hakhyun Nam berkata, pelancaran teknologi mereka diharap dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang diabetes dengan cara yang kreatif dan mencapai khalayak yang lebih besar.

CareSens Dual membantu pesakit diabetes mengetahui keputusan ujian glukosa darah dengan tepat.

Ujar Hakhyun, CareSens Dual membantu pesakit menjadikan penjagaan diabetes yang dialami lebih mudah dengan ciri paparan skrin LCD dan autobacklight yang besar.

“CareSens Dual memberi manfaat kepada pesakit kencing manis terutama yang sering mengalami masalah penglihatan. Ia menyediakan bacaan yang pantas dan tepat dengan sampel darah yang kurang diperlukan,” katanya.

Menariknya lagi, CareSens Dual mempunyai sambungan yang berguna melalui aplikasi SmartLog yang mana bacaan data boleh dihantar ke telefon pintar pesakit untuk pemantauan harian yang lebih komprehensif.

*Dipetik daripada ruangan Skop Kesihatan sisipan Sihat: Aktif terbitan Sinar Harian Rabu 15 Mei 2019


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...