> > Amirul Najmie yang rebah ketika laung azan, rupa-rupanya derita tiga penyakit sejak kecil
Amirul Najmie yang rebah ketika laung azan, rupa-rupanya derita tiga penyakit sejak kecil
NOR KHALILAH GUSTI HASSAN Jumaat | 17 Mei 2019

KUANTAN - Pemergian Muhammad Amirul Najmie selepas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri saat mengalunkan azan kedua solat Jumaat, 10 Mei lalu, bukan sahaja meninggalkan banyak kenangan terutama kepada keluarga arwah tetapi juga jarang mengadu apatah lagi mengeluh berkaitan masalah kesihatan dihadapi.

Ibu arwah, Nomilah Junoh, 45, berkata, tiada yang lebih tenang di hatinya selain gembira dapat memasakkan lauk ayam kicap yang menjadi permintaan anaknya untuk bersahur pada pagi Jumaat itu.

“Waktu dia keluar dari bilik mandi dia panggil saya tiga kali. Saya kurang dengar apa yang dia cakap dan saya tanyakan semula. Dia jawab nanti lepas balik solat Jumaat.
“Saya tertanya-tanya apa yang dia ingin katakan. Rupa-rupanya itu tanda dia nak pergi. Walaupun sedih namun saya reda kerana dia pergi dalam keadaan yang baik,” katanya.

Menerusi perwatakannya yang ceria, tiada siapa pernah sangka Muhammad Amirul Najmie menderita penyakit buah pinggang, masalah hati dan darah tinggi sejak kecil.

Nomilah berkata, pada 2017, dia menjalani pembedahan di kepala bagi menangani masalah darah beku di bahagian otak dan mengelakkan pembuluh darahnya pecah.

“Dia selalu sakit kepala tapi jarang mengadu apatah lagi mengeluh. Doktor pun kata dia seorang yang kuat melawan penyakit,” katanya.

Muhammad Amirul Najmie, penuntut semester lima Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) tegas dalam hal agama dan akan menegur adik bongsunya jika lewat solat Subuh dan mengejutkan ahli keluarga bersahur.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga reda pemergian Amirul Najmie ketika laung azan, hanya rakaman suara pengubat rindu

ARTIKEL BERKAITAN: Rebah ketika laung azan solat Jumaat, teman baik dedah sikap Amirul Najmie semasa hayatnya


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...