> > UIAM sembah takziah kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah
UIAM sembah takziah kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 22 Mei 2019

GOMBAK - Seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) amat berdukacita dan sedih berkenaan dengan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah Ketua Perlembagaan yang pertama UIAM sejak penubuhan UIAM pada tahun 1983.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak mewakili seluruh warga universiti menzahirkan ucapan sembah takziah kepada keluarga Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

"Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah tonggak utama UIAM sejak dari penubuhan universiti ini dan sesungguhnya ia satu kehilangan yang amat besar untuk warga UIAM," katanya dalam satu kenyataan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...