> Idea paip GRE hasil penyelidik UniMAP cemerlang di Romania
Idea paip GRE hasil penyelidik UniMAP cemerlang di Romania
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 23 Mei 2019

KANGAR - Penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeo-GTech) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Muhammad Firdaus Abu Hashim berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak dan anugerah khas sempena Europian Exhibition of Creativity & Innovation EUROINVENT 2018 di Iasi Romania baru-baru ini.

Produk Eco-Geopipe iaitu Novel Kaca Bertetulang Epoksi (GRE) diisi pengisi-geo yang menawarkan bahan-bahan geopolimer yang boleh diperbaharui adalah hasil kajian Dr Muhammad Firdaus meraih pingat emas serta Anugerah Khas NIRD URBAN- INCERC Romania.

Beliau berkata, pendorong kepada hasil ciptaan itu adalah kerana paip-paip GRE sedia ada pada masa kini mempunyai beberapa masalah seperti isu kepada beban mekanikal yang tinggi selain kestabilan paip GRE yang mungkin sensitif terhadap kerosakan terutama ketika dikendalikan.
Tambahnya, bentuk bahan paip baharu diisi dengan bahan geopolimer mempunyai ciri-ciri seperti simen yang mencadangkan beberapa faedah ekonomi, ketahanan, sifat mekanik baik, penyerapan air kurang dan rintangan api serta haba yang tinggi.

“Pendek kata novel GRE ini memenuhi bahan geopolimer sebagai pengisi disediakan untuk memenuhi kehendak yang diinginkan dan mengurangkan masalah sedia ada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dr Muhammad bersama pingat yang berjaya diraih di EUROINVENT baru-baru ini.
Selain novel GRE, satu lagi produk iaitu GeoGrout ciptaan Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berjaya meraih pingat perak.
Produk itu merupakan bahan pembaikan konkrit berasaskan geopolimer dengan menggunakan konsep do it yourself (DIY) serta menggunakan teknologi maju geopolimer dengan bahan yang lebih hijau.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad melahirkan rasa bangga di atas kejayaan penyelidik UniMAP yang tidak pernah pulang tanpa tangan kosong di pameran bertaraf antarabangsa seperti EUROINVENT.

Katanya, ini jelas membuktikan produk dan kajian penyelidik UniMAP berimpak tinggi sehingga mampu menarik perhatian juri.

EUROINVENT 2018 yang berlangsung sejak 16 Mei itu melibatkan 639 penyertaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...