> > Usia bukan penghalang kayuhan dari IKBN Kuala Perlis ke IKTBN Sepang
Usia bukan penghalang kayuhan dari IKBN Kuala Perlis ke IKTBN Sepang
NUR NADIA BACHOK Khamis | 23 Mei 2019

SEPANG-Kayuhan konvoi berbasikal oleh kumpulan pengayuh Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sejauh 725 Kilometer (KM) selama 5 hari akhirnya berakhir pada tepat jam 1.15 tengahari di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.

Seramai 11 orang peserta yang terdiri dari IKTBN Sepang, IKTBN Chembong, IKTBN Temerloh, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, IKBN Naka, IKBN Kuala Perlis dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia disambut meriah oleh pelajar dan staff IKTBN Sepang.

Warga IKTBN Sepang bergambar bersama kumpulan pengayuh ILKBS selepas tiba di penamat.

Mereka turut membawa dan mengibarkan bendera kejohanan dengan tujuan menyemarakkan lagi bahang dan suasana Kejohanan ILKBS ke-33 Tahun 2019 di IKTBN Sepang.

Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan suasana Kejohanan ILKBS ke-33 Tahun 2019.

Setiap destinasi yang dilalui merupakan peluang untuk mempromosikan ILKBS kepada masyarakat setempat.

Warga IKTBN Sepang bergambar bersama kumpulan pengayuh ILKBS selepas tiba di penamat.

Para peserta mengambil inisiatif ini untuk menggunakan peluang tersebut sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat berkaitan ILKBS.

Malahan juga, ini merupakan satu galakan kepada masyarakat untuk membudayakan gaya hidup yang sihat.

Menurut Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Rosnoizam berkata, program ini merupakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan IKTBN Sepang (KESKEB) dengan kerjasama IKTBN Sepang dan beberapa pejabat, agensi dari kerajaan dan swasta.

"Kami ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama erat yang telah diberikan terutamanya dari Pejabat Parlimen Sepang, Pejabat ADUN Dengkil dan Pejabat ADUN Sungai Pelek.
"Selain itu, program ini turut mendapat sokongan kuat dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, terutama dari Ketua Pengarah, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof," katanya.

Ketua kumpulan konvoi berbasikal yang juga tenaga pengajar dari IKTBN Sepang, dan Pengerusi KESKEB, Mohamad Huzaimi Abdullah berkata, ini adalah merupakan penganjuran kali pertama KESKEB yang melibatkan ILKBS lain.

"Kami ingin bersama-sama memberi sokongan kepada pengurusan IKTBN Sepang untuk mempromosikan Kejohanan Sukan khususnya dan juga peluang kemasukan belia ke ILKBS kepada masyarakat umumnya," katanya.

Salah seorang peserta yang juga tenaga pengajar dan Bendahari KESKEB, Ramli Mahmood berkata, kayuhan ini benar-benar menguji stamina termasuk kekuatan mental dan fizikal untuk menyempurnakan kayuhan dari IKBN Kuala Perlis hingga IKTBN Sepang.

Kumpulan berbasikal ILKBS berkonvoi sejauh 725km.
"Walaupun telah menjangkaui usia 50-an, saya berjaya menamatkan kayuhan bersama rakan ILKBS lain sebagaimana yang dirancang dengan adanya semangat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

"Tidak dilupakan juga bantuan dari kumpulan marshall dan juga jabatan kerajaan seperti ibu pejabat polis daerah, jabatan kesihatan daerah, pejabat JKR dan pelbagai lagi jabatan yang terlibat sepanjang laluan ini dari negeri Perlis hingga ke Selangor," katanya.

Menurut Ramli Mahmood, laluan kayuhan adalah bermula dari IKBN Kuala Perlis seterusnya ke IKBN Naka, IKBN Jitra, IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Seri Iskandar, IKBN Peretak dan berakhir di IKTBN Sepang.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ILKBS diatas kesudian menyediakan tempat berehat untukbuat kami setelah seharian berbasikal," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Pengarah dari ILKBS yang terlibat bagi sama-sama merasakan semangat dan kemeriahan di acara penamat kayuhan tersebut.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...