> > Program sukarelawan anjuran PEMBINA dapat bina kriteria mahasiswa intelektual
Program sukarelawan anjuran PEMBINA dapat bina kriteria mahasiswa intelektual
NUR IZZATI MAISARA, PEMBINA Khamis | 23 Mei 2019

BUKIT RAMBAI - Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka Tengah anjur program 'Mahasiswa Rai Ramadhan' dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Falah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diadakan di sekitar Masjid Al-Falah, Bukit Rambai Melaka baru-baru ini.

Program yang berobjektif untuk mahasiswa menyantuni dan mendekati masyarakat ini telah dihadiri seramai lebih daripada 70 mahasiswa dan mahasiswi di sekitar Melaka Tengah.

Sesi bergambar mahasiswa bersama penduduk sekitar.

Menurut Pengerusi Masjid AL-Falah, Encik Sulaman, aktiviti seperti bergotong-royong di sekitar masjid, membersihkan tanah perkuburan serta edaran bubur lambuk merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan di sekitar sini.

"Saya impikan bahawa masjid bukan hanya dijadikan tempat beribadah semata-mata, malah saya ingin menjadikannya sebagai One Stop Centre," katanya.

Turut serta dalam program ini, Timbalan Pengerusi Cawangan PEMBINA Melaka Tengah, Muhammad Zul Fikri.

Menurut beliau dalam ucapannya, program sukarelawan sebegini dapat membina kriteria mahasiswa yang intelektual dan cakna dengan isu semasa.

"Di samping itu, program sebegini juga mampu membina sekelompok mahasiswa yang boleh bekerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain,"

Dalam nada yang sama, Pengarah Program, Mohamad Khairi Akmal dalam ucapan penutupnya menyeru seluruh mahasiswa supaya menggunakan masa dan tenaga dengan menyertai program-program kesukarelawan seperti ini supaya dapat menambah semangat sukarela dan erti kemanusiaan dalam diri.

Aktiviti mengecat tembok di kawasan tanah perkuburan.

Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat sukarela dalam kalangan mahasiswa.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...