> UTARA > Kolej Komuniti Bayan Baru santuni warga emas di Pongsu Seribu
Kolej Komuniti Bayan Baru santuni warga emas di Pongsu Seribu
NOOR SARENA MOHD ZAHID, KKBU Jumaat | 24 Mei 2019

BAYAN LEPAS – Seramai 40 orang Kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru (KKBU) telah menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Darul Hanan, Pongsu Seribu sempena bulan Ramadan menerusi Program Tautan Kasih Ziarah Mesra 2019 anjuran Unit Pengajian Am dan Unit Pembangunan Pelajar KKBU.

Program yang julung kali diadakan oleh KKBU ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan sebagai institusi penyedia TVET kepada warga emas.

Ramah mesra antara mahasiswa KKBU dan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan.

Aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa adalah seperti urutan refleksologi oleh mahasiswa Program Sijil Terapi Kecantikan dan SPA (STK), pemberian muffin dan tartlets yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar program Sijil Pastri (SPT) KKBU.

Selain daripada itu, aktiviti menanam pokok dan menghias taman tanaman juga dilakukan oleh pensyarah dan mahasiswa KKBU.

Selain dari meraikan warga emas dengan sumbangan berbentuk makanan seperti beras, kurma, dan muffin serta khidmat urutan.

Muffin dan tartlets yang dihasilkan oleh mahasiswa Program Sijil Pastri (SPT).

Program seperti ini telah memberi peluang kepada kakitangan dan mahasiswa KKBU untuk beramah mesra dengan penghuni pusat jagaan tersebut.

Khidmat urutan yang diberikan oleh pelajar Program Sijil Terapi Kecantikan dan SPA (STK).

Pengarah KKBU, Hajaratul Ahmad telah turun padang dengan meluangkan masa untuk menyertai program yang julung kali diadakan ini.

Menurut Hajaratul Ahmad, program ini sepatutnya dijalankan secara berterusan bagi memperkasakan lagi institusi TVET serta sebagai tarbiah kerohanian untuk semua masyarakat.

"Diharapkan program ini dapat memberi tarbiah kerohanian buat kakitangan dan mahasiswa KKBU agar peka dengan warga emas. Semoga program ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Tautan Kasih, Ustazah Hasnah Hassan, melahirkan rasa bersyukur dengan terlaksananya program ini.

"Saya berharap semoga semua yang terlibat memperoleh suatu pengalaman berharga melalui program ni dan hanya Allah mampu membalas jasa semua yang terlibat menjayakan program ini," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...