> > Gejala buli semakin serius, mahasiswa UiTM dedah seni pertahankan diri kepada pelajar sekolah rendah
Gejala buli semakin serius, mahasiswa UiTM dedah seni pertahankan diri kepada pelajar sekolah rendah

SHAH ALAM – Seramai 32 orang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah mengadakan program seni mempertahankan diri bertemakan 'Combat!!! Ninja Kidz' di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda (integrasi) Seksyen 4, Shah Alam.

Program yang berlangsung selama sehari ini disertai oleh seramai 47 orang murid SK Raja Muda (intergrasi) Seksyen 4, Shah Alam.

Mahasiswa UiTM Shah Alam bergambar kenangan bersama pelajar dan guru SK Raja Muda (intergrasi) Seksyen 4, Shah Alam.

Program yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kepentingan seni mempertahankan diri terhadap kanak-kanak.

Hal ini kerana, mahasiswa UiTM Shah Alam memandang serius terhadap gejala buli, penderaan dan penculikan terhadap kanak-kanak yang sering berlaku pada zaman moden ini.

Oleh itu, mahasiswa Kesatria Negara 3 BHBU131/A yang terlibat dalam Tempur Tanpa Senjata telah mengambil satu inisiatif bagi memberi pendedahan tentang pentingnya seni mempertahankan diri terhadap kanak-kanak melalui program ini.

mahasiswa UiTM Shah Alam ajar mengenai teknik mempertahankan diri terhadap pelajar sekolah.

Pengarah Program, Shamshafiq Jamaluddin, berharap agar program yang dijalankan dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada pelbagai pihak mengenai seni mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, beliau khuatir berlaku peningkatan terhadap kes penderaan, buli dan sebagainya terhadap kanak-kanak terutamanya murid sekolah rendah.

“Saya berharap agar seni mempertahankan diri yang telah diajar kepada para pelajar tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri. Sebaiknya, gunalah ketika kecemasan seperti diganggu oleh orang yang tidak dikenali dan dicurigai, serta untuk melindungi diri, keluarga dan agama.

"Saya tahu, masa yang singkat ini tidaklah dapat kita berkongsi kesemua teknik mempertahankan diri. Namun, bermulanya daripada penglibatan program ini menjadi titik mula para pelajar untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang seni mempertahankan diri," katanya.

Majlis ini dihadiri oleh wakil SK Raja Muda (integrasi) Seksyen 4, Shah Alam, Cikgu Najmi bagi membantu melangsungkan program yang diadakan.

Nilai semangat kerjasama menjadi tunjang dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam program ini supaya mereka mendapat pendedahan awal tentang pentingnya sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam menuntut ilmu.

Diharapkan program ini dapat mengisi masa lapang para peserta ketika cuti hujung minggu sekali gus dapat mengelak daripada melakukan aktiviti yang membuang masa dan tidak mendatangkan faedah.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...