> AKTIVITI KAMPUS > Sanggup 'meredah' malam di tengah-tengah kota raya, rupa-rupanya ini yang mahasiswa UMP lakukan...
Sanggup 'meredah' malam di tengah-tengah kota raya, rupa-rupanya ini yang mahasiswa UMP lakukan...
MIMI RABITA, UMP Jumaat | 24 Mei 2019

SEBAGAI menghargai tugas penjawat awam yang berkhidmat pada waktu malam seramai 40 sukarelawan Skuad MyGift Universiti Malaysia Pahang (UMP) turun padang menemui golongan sasar itu dalam Program Singgah Sahur @KL yang bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

Sebanyak 600 pek makanan diedarkan kepada anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petugas dan orang awam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur serta gelandangan sekitar bandar raya.

Kehadiran sukarelawan disambut Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Baalanagan A/L Chandran dan Pegawai Penyiasat Jenayah Nakortik, IPD Dang Wangi, Inspektor Sarawanan a/l Panrengam.

Izwan bersama sukarelawan UMP mengedarkan makanan sahur kepada pihak polis yang bertugas sepanjang malam menjaga keselamatan orang ramai. (FOTO UMP)

Turut hadir bersama sukarelawan, Ketua Pegawai Operasi Petronas ICT Sdn. Bhd., Izwan Hasli Ibrahim yang juga Pemegang Amanah MyGift UMP. Menurut Izwan, dengan adanya program sebegini, dapatlah memberi peluang mahasiswa menyelami dan menyumbang khidmat bakti untuk memberikan keceriaan kepada anggota polis yang bertugas sepanjang Ramadan ini.

Lebih menarik difahamkan dalam kalangan kumpulan sukarelawan sendiri terdiri daripada mahasiswa yang menerima manfaat inisiatif MyGift termasuklah daripada keluarga B40.

Edaran juadah dan kit pembersihan buat gelandangan di sekitar Masjid Negara. (FOTO UMP)
"Program sebegini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kehidupan gelandangan di ibu kota serta pengorbanan penjawat awam berkhidmat tatkala orang lain lena tidur serta dapat bersahur bersama keluarga,” katanya di sini.

Manakala bagi pengarah program, Najihan Zanian, mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan berkata, pihaknya berbangga dengan komitmen mahasiswa yang sanggup mengorbankan masa apatah lagi sewaktu minggu ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan semester.

Rezeki sahur. (FOTO UMP)

Pada kali ini sukarelawan juga mengedarkan kit kebersihan kepada gelandangan serta membersihkan kawasan sekitar tempat tumpuan ramai termasuk sekitar Masjid Negara. Tambah menarik apabila program kali ini turut memberi peluang mahasiswa menyampaikan juadah sahur bersama petugas di kaunter tiket TBS Kuala Lumpur.

Najihan menyerahkan sumbangan makanan sahur kepada Khairos buat petugas di TBS Kuala Lumpur. (FOTO UMP)

Hadir sama Pengurus MAJU TMAS Sdn. Bhd., Khairos Ishak yang turut memberi penerangan dan membawa sukarelawan melawat sekitar terminal.

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti MyGift dalam memasyarakatkan kampus. Program Singgah [email protected] memfokuskan petugas yang bekerja pada waktu malam terutamanya dalam kalangan penjawat awam yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan orang ramai sepanjang malam dan petugas kaunter. Ia berkonsepkan singgah bermesra sambil menyerahkan sumbangan juadah bersahur kepada mereka.

Izwan bersama sukarelawan mahasiswa dalam Singgah Sahur @KL. (FOTO UMP)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...