> > Dua bulan menghimpun doa, luluh rasa hati baca permintaan sayu ibu Acap
Dua bulan menghimpun doa, luluh rasa hati baca permintaan sayu ibu Acap
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 24 Mei 2019

Menghitung hari kini mula mengira bulan, kehilangan Acap atau Mohamad Ashraf Hassan sejak 23 Mac lalu mula memasuki bulan kedua, kekal menjadi misteri sehingga kini.

Melalui perkongsian Denny Lang iaitu abang kepada Acap melalui laman facebooknya, ramai warganet yang tersentuh membaca permintaan ibu mereka.

Ibu Acap, Siti Maznah Khamis, memohon doa dari seluruh rakyat Malaysia agar Acap dapat pulang kembali ke pangkuan keluarga.

Ikuti perkongsian ini seperti di bawah.

Permintaan Mak Moga Dengan Doa Kalian

Dikemuliaan Ramadhan Al Karem Agar Dipermudah Segala Ikhtiar

Berikanlah Aku Kekuatan Ya Rahman

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Rapuhnya hati, dua bulan menghimpun doa

Luahan ibu Acap yang mengundang rasa sebak di kalangan warganet.

"Sabar mak, Ait cuba usaha"

Ibu Acap meluahkan rasa rindunya pada anaknya yang kini masih belum ditemui.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohammad Ashraf Hassan, 29, siswazah Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda pernah hilang di Broga dedah kehilangan Acap, "bukan depa (bunian) yang ambik dia" tapi...

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: 'Petunjuk' baru! Mak mimpi Ashraf di Gua Tempurung, pengamal perubatan Islam nampak perkara sama

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...