> SUKAN > UiTM FC fokus Liga Super musim depan
UiTM FC fokus Liga Super musim depan
BERNAMA Isnin | 27 Mei 2019

SHAH ALAM - Pasukan UiTM FC tetap optimis dengan misi memburu slot Liga Super musim depan meskipun gagal mengutip mata penuh menentang Selangor United pada saingan Liga Premier, Jumaat lalu.

Selaku pendahulu liga, UiTM FC gagal melebarkan jumlah kutipan mata apabila tewas 2-1 kepada Selangor United, sekali gus berkongsi 26 mata dengan pencabar terdekat JDT II selepas 14 perlawanan.

Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah berkata skuad ‘The Lion Troops’ akan mengambil peluang dalam baki enam perlawanan untuk tidak tercicir sebarang mata dan meraih gelaran juara Liga Premier serta mengesahkan slot Liga Super.

"Kita perlu menang dalam tiga lagi perlawanan untuk melonjak ke Liga Super,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa UiTM FC di Intekma Resort, di sini, hari ini.

Dua pasukan teratas Liga Premier akan layak beraksi pada saingan Liga Super musim depan.

Terdahulu, beliau yang merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, turut menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga bekas jurulatih pasukan Piala Presiden UiTM, Allayarham Anuar Abu Bakar yang meninggal dunia pada 6 Mei lalu akibat kanser hati tahap empat.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad. -- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...