> IKON > Walaupun sibuk uruskan kedai cetak, tapi ini cara Hafizi masih mampu peroleh anugerah dekan
Walaupun sibuk uruskan kedai cetak, tapi ini cara Hafizi masih mampu peroleh anugerah dekan

KESUKARAN mendapat perkhidmatan percetakan khususnya di dalam kawasan kampus, tidak sangka membuka laluan kepada anak muda ini untuk serius menceburinya.

Menurut Muhammad Hafizi Khairuddin, 22, memang terdapat sebuah kedai percetakan berdekatan tetapi tiada siapa pemilik dan menguruskannya.

“Memandangkan tidak ada pemilik, saya ambil peluang ini memberanikan diri menguruskannya dengan niat membantu rakan-rakan penuntut lain dan memudahkan untuk print,” kata mahasiswa Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini.

Bermula dengan modal sebanyak RM1,500 hasil simpanan sendiri serta tambahan daripada dua lagi rakan, Jibril dan Termizi yang sama-sama memberi sokongan kepada usahanya itu, wujudlah FJM Printing Service (FJM PS) dengan slogan 'We print your assignment’ sejak dua tahun lalu.
FJM PS yang terletak di dalam kawasan kampus memberi kemudahan mahasiswa untuk mendapatkan perkhidmatan percetakan.

Bersesuaian slogan berkenaan, ternyata sambutan daripada kalangan rakan mahasiswa juga amat menggalakkan.

"Alhamdulillah, sejak kedai ini dibuka, ramai yang dah kenal FJM PS. Mereka akan tanya, "FJM buka tak?" Maknanya, tidak lagi dipanggil 'kedai'. Sekarang saya dah ada lebih kurang 150 pelanggan di dalam grup FJM yang selalu print di sini," katanya lagi.

Khidmat percetakan disediakan di FJM PS juga mudah, sama ada dengan meninggalkan pendrive bahan untuk dicetak di dalam bekas disediakan atau menerusi e-mel dan bayaran dikenakan pun berpatutan.

Jika tidak ada kuliah, Hafizi akan mengisi masa di FJM PS.

"Biasanya mereka akan print nota, tugasan, slaid dan bahan-bahan rujukan yang diperoleh daripada Internet untuk tugasan kuliah. Rasa seronok dan terharu bila dengar mereka cakap murah sikit print di FJM. Sekurang-kurangnya, inilah cara saya bantu mereka," ujarnya.

Tidak hanya menyediakan kemudahan khidmat percetakan termasuk scan, FJM PS turut menjual perkakasan tulis seperti pensel, pen, pemadam, pembaris, buku nota dan CD.

Anugerah Usahawan Cemerlang

Terletak di dalam kawasan kolej kediaman mahasiswa, FJM PS kini mempunyai enam pekerja yang juga dalam kalangan rakan-rakan siswa.

Menurut Hafizi, untuk tidak mengganggu pengajian masing-masing, dia akan membuat jadual bagi menguruskan kedai itu.

“Pengurusan kedai ini biasanya mengikut masa terluang masing-masing dan bila tiada kelas. Memandangkan kami masih belajar, jadi saya dan kawan-kawan akan pastikan kami dapat keputusan baik dalam peperiksaan.
Pelanggan yang terdiri daripada kalangan mahasiswa UMT sedang mendapatkan perkhidmatan di FJM PS.

“Alhamdulillah, saya pernah dapat anugerah dekan pada semester ini. Dengan kata lain, walaupun ada kerja di sini, tapi kami tak tinggal kelas,” katanya yang menyimpan impian untuk meneruskan usaha ini selepas tamat pengajian sebagai pendapatan tambahan.

Ternyata, minat dan kecenderungan Hafizi dalam bidang keusahawanan bukan sahaja satu kejayaan peribadi tetapi turut diiktiraf pihak universiti apabila dia dianugerahkan Anugerah Usahawan Cemerlang dalam program Meet and Greet Usahawan Muda Bersama Siswa-Siswi 2019.
MUHAMMAD HAFIZI


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...