> IKON > 20 tahun berniaga produk Timur Tengah – Tauke ini dedah kebaikan makanan Sunnah untuk penyakit kanser
20 tahun berniaga produk Timur Tengah – Tauke ini dedah kebaikan makanan Sunnah untuk penyakit kanser
SITI FATIMAH ABDULLAH Sabtu | 8 Jun 2019

Hari ini masyarakat sudah menjadikan makanan sunah seperti kurma, minyak zaitun, madu dan habbatus sawda sebagai amalan harian berbanding suatu ketika dahulu masyarakat hanya makan kurma ketika bulan puasa sahaja.

Menyingkap perjalanan berniaga selama 20 tahun, Hasrol Ahmad, 42, membekal produk timur tengah di samping memberi pendedahan kesihatan tentang kebaikan makanan sunah.

“Sambutan sangat menggalakkan, berniaga kurma dan makanan sunah merupakan satu kelebihan kerana permintaan yang tinggi, persaingan kurang dan profit margin yang berbaloi-baloi.

“Kalau 15 tahun dulu orang nak makan kurma, tunggu bulan puasa saja tetapi kesedaran dan teknologi maklumat di hujung jari yang menceritakan khasiat makanan sunah telah melonjakkan permintaan,” jelas Hasrul di kedainya yang beroperasi di Pusat Islam, UUM.

Pemilik Syarikat Tamar Utara Enterprise ini membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Kebanyakan produk yang ada di pasaran sama sahaja cuma di brand menyebabkan harga menjadi mahal,” cerita berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Awam dari UUM.

Hasrol membekal produk Timur Tengah seperti kurma, minyak zaitun, madu dan habbatus sawda dan aneka kurma yang dijual di UUM.

Ujarnya, dari segi cabarannya tentunya risiko barang-barang rosak dan pusingan tunai yang tinggi dalam perniagaan ini kerana semua produk dibawa dari Timur Tengah.

“Kurma akan rosak dalam tempoh singkat misalnya selepas sebulan kurma akan rosak dan dibuang jadi kena ada bilik sejuk kerana kurma dalam karton boleh tahan sehingga 4 tahun,” katanya yang berasal dari Pokok Sena.
“Cabaran lain dari segi budaya orang Arab yang agak kasar, straight dan tegas bila berunding berbanding dengan orang kita yang lebih bertolak-ansur.

“Tidak semua peniaga ini jujur misalnya dalam kualiti buah kerana ada yang mencampurkan stok buah lama dengan yang baharu dan akibat penipuan ini syarikat mengalami kerugian,” kongsinya.

Melalui Perniagaan yang diusahakan, Hasrul memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan makanan dan buah-buahan dari Timur Tengah selari dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit.

“Dengan menjadikan Rasulullah sebagai teladan terulung dalam aspek pemakanan, apa yang diamalkan Baginda seharusnya dijadikan ikutan termasuk dalam pemakanan.

Aneka produk dari Timur Tengah yang dijual di UUM.

“Selain itu, ahli fiqh telah menyebut, berubatlah dengan makanan sebelum kamu berubat dengan ubat.

“Kita juga dapat menyebarkan kebaikan pengambilan makanan tambahan yang sudah menjadi trend masyarakat kerana mampu memulihkan penyakit kronik secara rawatan semula jadi dengan izin Allah,” tambahnya.

Jelasnya, kebanyakan orang tidak tahu khasiat biji aprikot yang menjadi ubat mujarab bagi penghidap kanser payudara dan minyak zaitun (extra virgin oil) untuk penghidap asma.
“Bagi yang sukar mendapatkan zuriat, ambil buah zuriat belah, tumbuk dan gabung dengan pati delima dan bunga kurma kemudian rebus dengan 1 liter sampai bertukar warna teh untuk diamalkan pagi petang dan malam,” kongsinya.

Sambutan yang menggalakkan mendorong beliau melebarkan sayap dengan membuka satu lagi cawangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada 2008.

Dalam pada itu, Hasrul turut mengambil pelajar sebagai pekerja sambilan yang memberi pengalaman perniagaan sebenar dan menjana pendapatan mereka.

“Apabila pelajar keluar dari UUM mereka telah mempunyai ciri keusahawanan di kalangan orang muda mempunyai fizikal cergas, mental cerdas, bersemangat, energetik dan kreatif,” luahnya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...