> > TNB taja biasiswa RM1 bilion untuk 12,000 pelajar dan mahasiswa sejak 1993
TNB taja biasiswa RM1 bilion untuk 12,000 pelajar dan mahasiswa sejak 1993
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 14 Jun 2019

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membiayai 130 lagi pelajar cemerlang baru-baru ini, menjadikan lebih 12,000 menerima manfaat Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) sejak 1993 dengan perbelanjaan keseluruhan hampir RM1 bilion.

Menerusi YTN, TNB berharap dapat membentuk dan melahirkan generasi berkualiti tinggi yang cemerlang dalam akademik di samping mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang dianugerahi Biasiswa YTN kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Faktor akademik dan kepimpinan penting dalam pemilihan para penerima biasiswa YTN. Pelajar terpilih ini mempunyai peluang untuk menjadi warga kerja TNB apabila tamat pengajian kelak dan diharapkan dapat menjadi pelapis untuk menerajui TNB pada masa depan.

"Selain cemerlang dalam pelajaran, penerima juga perlulah aktif dalam kegiatan kokurikulum,” katanya.

Amir Hamzah juga mengatakan bahawa selain biasiswa, YTN turut menyediakan siri-siri program pembangunan melalui Scholar Development Journey bagi membantu pelajar tajaannya mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai kompetensi serta nilai dan prinsip yang tinggi.

Sementara itu, penerima Biasiswa YTN 2018, yang menerima biasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Kepujian), Mior Danial Hakeem Mior Md Salleh, 19, dalam ucapannya bagi mewakili para penerima, berjanji akan memanfaatkan sepenuhnya tajaan YTN untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kompetensi masing-masing.

“Kami berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan ini dan akan membuktikan bahawa pelajar tajaan YTN 2019 adalah contoh pelajar yang cemerlang dan gemilang dalam segenap aspek,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Insan, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman, Ketua Pegawai Korporat, Datuk Wira Roslan Ab Rahman, Pengarah YTN, Datuk Dr Shaari Md Nor serta pengurusan TNB yang lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...