> PERAK > Info bangunan bersejarah di Ipoh menerusi aplikasi
Info bangunan bersejarah di Ipoh menerusi aplikasi
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI Isnin | 17 Jun 2019

IPOH - Pelancong yang berkunjung ke Bandaraya Ipoh kini boleh mendapatkan informasi mengenai tempat atau bangunan-bangunan bersejarah di sekitar bandaraya ini menerusi aplikasi khas HP Reveal di telefon pintar masing-masing.

Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO), Dr Zairon Mustapha berkata, pelancong hanya perlu memuat turun aplikasi berkenaan dan kemudian mengimbas kepada logo khas yang dipaparkan di bangunan berkenaan.

Menurutnya, aplikasi berkenaan kemudiannya akan memaparkan kisah sebenar maklumat-maklumat terkini mengenai bangunan bersejarah di sekitar Ipoh.

“Kita bantu MBI khususnya bagi menyediakan data dalam bentuk informasi ratio (IR) dan kita hanya imbas QR code. Oleh itu, setiap pelancong hanya perlu guna aplikasi ini untuk dapatkan data mengenai bangunan-bangunan bersejarah.
“Kita dah selesai di Ipoh dan kita akan duduk berbincang untuk kenal pasti beberapa tempat lain. Insya-ALLAH, kita akan kembangkan juga di bandar-bandar lain selepas ini.
“Data secara maya itu bukan sahaja boleh didapati di sini, tetapi juga pelancong di London, Belfast, Kanada juga boleh dapat data mengenai Ipoh secara maya dan sekali gus jadikan Ipoh terkenal di seluruh dunia,” katanya di sini.

Zairon berkata demikian ketika perasmian Program Bandar Selamat dan International Design Fest PUO dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Padang Ipoh.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing dan Setiausaha Bandaraya, Zakuan Zakaria. Difahamkan, program berkenaan adalah hasil usaha bersama pihak PUO, Kolej Komuniti, MBI selain melibatkan 300 pelajar termasuk dua pelajar dari Universiti Songkhla, Thailand.

Sementara itu Zairon berkata, beberapa bangunan di sekitar Bandaraya Ipoh seperti bangunan Muzium Hor Yan Hor serta beberapa bangunan bersejarah di Cocubine Lane Pekan Lama sudah boleh diimbas menerusi aplikasi berkenaan.

“Kita dalam proses kembangkan lagi bangunan yang bersejarah. Sebagai contoh, Masjid Panglima Kinta. Itu bangunan bersejarah selain bebarapa masjid lama supaya kita kenal pasti dan seterusnya kita boleh layari secara maya.
“PUO juga akan berbincang dengan MBI mengenai bangunan-bangunan bersejarah lain kita dan program kita akan berterusan selepas ini.
"Kita juga akan sentiasa kemas kini semua maklumat dari semasa ke semasa berdasarkan data yang diberikan oleh MBI,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...