> BIASISWA > Anugerah Syawal buat 130 pelajar cemerlang, peroleh biasiswa TNB
Anugerah Syawal buat 130 pelajar cemerlang, peroleh biasiswa TNB
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 17 Jun 2019

BANGI - Ketibaan Syawal bukan sahaja membawa keceriaan perayaan, malah kegembiraan kepada 130 pelajar dan keluarga masing-masing apabila dianugerahi biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini.

Majlis penyampaian pada 6 Syawal lalu, di Bangi Resort Hotel itu berlangsung dalam suasana kemeriahan Aidilfitri, selain penuh keharuan atas anugerah yang penuh bermakna buat keluarga pelajar terbabit.

Mereka merakamkan rasa syukur dan terima kasih ketika mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan dan Pengarah Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Dato' Dr Shaari Md Nor.

Terdahulu, Amir Hamzah menyampaikan anugerah biasiswa melalui YTN kepada 110 pelajar yang akan menyambung pengajian di Uniten dan 20 lagi di luar negara.

Penerima biasiswa YTN merupakan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Selain cemerlang pelajaran, penerima juga aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Turut hadir Ketua Pegawai Insan, Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman; Ketua Pegawai Korporat, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman; Lembaga Pemegang Amanah YTN serta pengurusan TNB yang lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...