> SABAH SARAWAK > Program Asasi Sains merupakan persediaan pelajar melanjutkan pelajaran di UniMAS
Program Asasi Sains merupakan persediaan pelajar melanjutkan pelajaran di UniMAS
UNIMAS GLOBAL Isnin | 17 Jun 2019

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) hari ini menyaksikan lebih kurang 660 orang pelajar baharu telah mengangkat ikrar sebagai pelajar Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) UniMAS sempena Minggu Aluan Pelajar (MAP) bagi Sesi Akademik 2019/2020 yang mana telah berlangsung selama empat hari bermula 14 Jun hingga 17 Jun 2019.

Bagi ambilan kohort ke-10 ini, PPPU telah menawarkan Program Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal dan Program International Foundation in Science (IFS).

Seramai 660 orang pelajar baharu telah mengangkat ikrar sebagai pelajar Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) UniMAS.

Program Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal telah dianugerahkan akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang menunjukkan bahawa kedua-dua program tersebut menepati piawai MQA.

IFS merupakan program baharu yang ditawarkan mulai sesi 2018/2019 yang mana program ini terbuka kepada pemohon warganegara dan antarabangsa untuk mengikuti pengajian asasi sains di UniMAS.

Ini merupakan satu usaha keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak UniMAS untuk menyebarluaskan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

Para pelajar yang mengikuti ketiga-tiga program ini akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di PPPU selama dua semester.

Ini merupakan persediaan para pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya di UniMAS melalui program-program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di fakulti yang berasaskan sains.

Menurut Naib Canselor UniMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, PPPU telah berjaya melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda, iaitu Franklin Lingga Ak Abun, merupakan alumni yang ditawarkan kontrak sepuluh tahu dari tahun 2021 hingga 2031 oleh Kumpulan BMW sebagai pakar teknologi automotif di Austria dan beliau merupakan mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan UniMAS setelah menamatkan pengajian asasi di PPPU.

"Seorang lagi bekas pelajar PPPU, Freddy Luke Anak Kenidy, yang kini merupakan mahasiswa Program Perubatan UniMAS telah berjaya memenangi Anugerah Pendebat Terbaik Debat Diraja 2018.
"Seterusnya, dua orang bekas pelajar asasi PPPU telah memperoleh kejayaan yang membanggakan dalam bidang sukan, iaitu Abner Loo Chun Lik telah meraih Pingat Emas dalam acara Tenpin Boling Berpasukan, dan Adam Fabian telah beraksi dengan cemerlang sebagai atlet karate dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak," katanya.

Tambahnya, kejayaan Abner Loo dalam bidang sukan juga seiring dengan kecemerlangan akademik yang mana beliau telah dinobatkan sebagai Pelajar Pra-Universiti Terbaik dalam Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa UniMAS (MEGAH) 2019.

"Pembelajaran di PPPU bukan sekadar berorientasikan peperiksaan semata mata, malah para pelajar akan didedahkan dengan nilai-nilai kepimpinan, keusahawanan dan kemasyarakatan.
"Salah satunya, adalah melalui aktiviti tahunan PPPU iaitu Asasi Back To Community Open Day yang membolehkan para pelajar berinteraksi dengan komuniti luar," katanya.

Selain itu juga, PPPU untuk kali keempatnya telah berjaya menganjurkan program UniMAS Scienceploration Camp yang melibatkan pelajar lepasan SPM dan pelajar menengah atas.

Para pelajar mengangkat ikrar semasa Majlis Ikrar Pelajar Baharu (MIP_

Program ini bertujuan untuk memupuk minat dalam kalangan peserta untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik dengan lebih menarik melalui aktiviti dan eksperimen yang dirancang.

Objektif program ini adalah selari dengan kehendak dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

Demi memperkukuhkan lagi imej UniMAS dalam memberi manfaat kepada komuniti setempat, warga PPPU juga telah turun padang untuk mendekati masyarakat Sarawak, merentasi Kuching hingga ke Lawas bagi tujuan mempromosi sains dan matematik melalui Jerayawara Trans-Borneo Pra-Universiti UniMAS 2019 dan Jerayawara TEGAS Project Of Dream Realized (PRO-DR) 2019.

Seiring dengan seruan Revolusi Industri 4.0, para mahasiswa perlu memperkasakan ilmu sains dan teknologi untuk menjadi lebih kompetitif dan bijak mengambil peluang dalam menempuh cabaran era digitalisasi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UniMAS, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...