> > Lawatan ke Karangkraf dedahkan mahasiswa Unisel mengenai pengurusan operasi dan bertemu tim Kampus Uols
Lawatan ke Karangkraf dedahkan mahasiswa Unisel mengenai pengurusan operasi dan bertemu tim Kampus Uols
NORASYIKIN ABDUL RAHMAN Rabu | 19 Jun 2019

SHAH ALAM - Seramai 64 orang mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) yang mengambil kursus yang berbeza, antaranya Pengurusan Sumber Manusia, Perniagaan dan akauntan, dan lain-lain kursus, telah menjalankan lawatan sambil belajar ke Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Menurut pensyarah Operation Management, Norliana Ahmad Shah berkata, mereka terdiri daripada 44 orang mahasiswa subjek Pengurusan Operasi (Operation Management) dan 20 orang mahasiswa subjek Pengurusan Kualiti (Quality Management).

Antara mahasiswa dan pensyarah Unisel yang hadir ke Karangkraf.
"Kehadiran kami ke Karangkraf hari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai pengurusan operasi dan pengurusan kualiti dengan lebih lanjut lagi.
"Mahasiswa-mahasiswa tersebut sememangnya belajar mengenai pengurusan operasi produk, yang mana dalam operasi terdapat dua bahagian iaitu menghasilkan produk dan perkhidmatan," katanya,

Dalam nada yang sama, mahasiswa yang mengambil kursus Perniagaan dan Perakaunan, Unisel, Nurfarah Izzati Jamaludin berkata, tujuannya hadir ke Karangkraf adalah untuk melihat bagaimana pihak Karangkraf menjalankan operasi syarikat.

Norliana (kanan) dan Nurfarah (kiri).

"Kami nak lihat bagaimana servis sesuatu produk itu dihasilkan, kriteria-kriteria yang diperlukan oleh syarikat percetakan dan mengapa pihak karangkraf memilih lokasi syarikat di Shah Alam.
"Ini kerana, sebagai mahasiswa Pengurusan Operasi, kami perlu tahu mengenai semua perkara tersebut untuk jalankan tugasan (assignment)," katanya.

Sementara itu, mahasiswa yang hadir bagi lawatan ini juga telah diberi taklimat ringkas mengenai portal Kampus Uols dan artikel-artikel yang boleh disumbangkan oleh mahasiswa dan pensyarah.

Mahasiswa tekun mendengar taklimat daripada pihak Kampus Uols.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...