> UTARA > 29 tahun, akhirnya sejarah tercipta...lagu keramat penghuni kampus IPDA ini undang sebak!
29 tahun, akhirnya sejarah tercipta...lagu keramat penghuni kampus IPDA ini undang sebak!
ROSHILA MURNI ROSLI Rabu | 19 Jun 2019

JITRA - Suatu sejarah baharu tercipta di Institut Pendidikan Guru (IPDA) Kampus Darulaman apabila bendera institusi pendidikan terulung di Kedah itu diturunkan bagi digantikan dengan bendera Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGKDA).

Kampus yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Perguruan Darulaman (IPDA) menjadi saksi kehibaan penghuninya yang menyanyikan lagu keramat IPDA buat kali terakhir setelah diperkenalkan sejak 1 Jun 1990.

Pengarahnya, Hashim Asman berkata, perubahan yang berlaku hari ini adalah suatu usaha untuk menyeragamkan sistem pentadbiran kesemua 27 buah IPDA di Malaysia.

Menurutnya, logo, lagu dan bendera IPDA yang baharu itu akan menjadi identiti kesemua IPDA yang akan menerajui kecemerlangan pendidikan guru di Malaysia.

"Seperti biasa apabila berlaku suatu perubahan akan lahirlah emosi dan nilai sentimental terutamanya di IPDA ini.

"Walau bagaimanapun perubahan yang dilakukan sudah semestinya untuk kebaikan dan kami sekarang dalam proses melaksanakan transformasi IPDA sehingga tahun 2025," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bendera IPGM di sini baru-baru ini.

Hashim bersama ketua-ketua jabatan bergambar kali terakhir bersama bendera IPDA yang berkibar megah selama 29 tahun di kampus berkenaan.

Sementara itu, seorang Pensyarah Jabatan Media dan Informasi, Faisal Mohamad turut berkongsi perasaan sedihnya dengan situasi berkenaan.

"Saya merupakan antara batch pertama yang menuntut di institusi ini pada tahun 1990 dan sekarang berkhidmat di sini sebagai tenaga pengajar.

"Perasaan yang nak digambarkan tu macam biasalah, mesti rasa sayu sebab ada nilai sentimental, lagu tu pula digubah sendiri oleh cikgu Hashim Ahmad iaitu orang yang sama mengubah lagu Guru Malaysia yang bagi kami rentak dia sangat sentimental," katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKDA Darulaman, Muhammad Syahir Silmie Zainuddin berkata, lagu IPDA merupakan kebanggaan penuntut di sini terutamanya ketika dinyanyikan di kejohanan-kejohanan luar Kedah.

"Contohnya dalam acara sukan setiap kali kami tampil juara, lagu ini akan berkumandang dan semua hadirin akan mendengar lagu ini.

"Hari ini walaupun berasa sedih, kami tetap menerima perubahan ini dengan hati yang terbuka.

"Malah, kami rasa terharu dan bertuah kerana hari ini kami menjadi saksi sejarah ini tercipta dan ia akan tersimpan kemas dalam memori kami," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...