> MLK N.9 > Program impak gelombang Revolusi Industri 4.0 UTeM beri pendedahan kepada mahasiswa
Program impak gelombang Revolusi Industri 4.0 UTeM beri pendedahan kepada mahasiswa

DURIAN TUNGGAL - Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM) dengan kerjasama National Aspiration & Leadership Summit (NALS) telah menganjurkan Program 'Towards IR 4.0' baru-baru ini.

Program ini telah diadakan bertempat di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi, Ayer Keroh, Melaka dan seramai hampir 150 orang peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah dari lima buah sekolah di sekitar Ayer Keroh telah hadir ke program ini.

Para jemputan bergambar bersama kesemua para peserta yang mengambil bahagian dalam program ini.

Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan UTeM, Dr Khairuddin Osman berkata, program yang dianjurkan ini memberikan pendedahan kepada para pelajar yang bermula daripada sekolah menengah, mahasiswa UTeM serta berimplikasikan kepada pembangunan komuniti setempat mengenai bidang kejuruteraan dan bagaimana sektor ini semakin berkembang dengan pelaksanaan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Dr Khairuddin Osman (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (Kanan).
"Program seperti ini juga dapat membuka peluang kepada mahasiswa yang terlibat menerusi peningkatan kemahiran komunikasi yang bakal membantu mereka terutamanya apabila mereka memasuki dunia pekerjaan sebagai seorang jurutera," katanya.

Pelbagai aktiviti telah disusun dan dianjurkan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 'Lean Manufacturing' & 'TVET Bridge', pameran inovasi dari kelab robotik UTeM dan Forum bertajuk Towards IR 4.0 dengan panel jemputan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Academy Asia, Effendy Zulkifli serta alumni UTeM yang turut merupakan Jurutera Senior dari Daibochi Plastic & Packaging, Hilmi Jahaya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, turut dihadiri oleh pihak UTeM, Dr Khairuddin Osman, dan wakil dari AUTeM, Ahmad Nawawi Mohd Amin.

Datuk Mohd Sofi menyampaikan ucapan dan merasmikan program.

Ahmad Nawawi sewaktu ditanya mengenai program ini menyatakan hasrat beliau dalam penganjuran program ini adalah sejajar dengan fungsi AUTeM sebagai sebuah persatuan alumni dari institusi pendididkan yang berteraskan teknikal dalam memberikan pendedahan kepada pelajar serta masyarakat sekitar mengenai persediaan dan pemantapan yang diperlukan bagi mengambil bahagian dalam revolusi ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...