> PAHANG > Sanggup membujang demi menjaga anak yatim piatu, siapa sangka kini pengorbanannya berbalas
Sanggup membujang demi menjaga anak yatim piatu, siapa sangka kini pengorbanannya berbalas
ROSILAWATI ROSEDI Rabu | 19 Jun 2019

TEMERLOH - Seorang bekas penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) sanggup melepaskan tawaran kerja demi menjaga bapa saudaranya yang kudung kaki kanan sejak 13 tahun lalu.

Zulkufli Abd Rahman, 78, ibarat bapa kerana menjaga dia dan adik-beradiknya yang yatim piatu sejak kecil.

Nur Syurah Mohd Nor Azlan, 21, dari Kampung Sungai Rabit di sini berkata, dia membuat keputusan itu selepas tamat pengajian pada Mei lalu kerana menganggap jasa bapa saudaranya tidak ternilai.

Menurutnya, dia bersama kakaknya Nur Syuhada, 24, Mohd Shahrul, 27, Nur Syamira, 24, Mohd Syuhairi, 22 dan Mohd Syahrizam, 19, dijaga oleh Zulkulfi sejak ibu bapa mereka meninggal dunia.

“Saya mendapat tawaran kerja di Kuantan tetapi biarlah saya menjaga Pakcik sehingga benar-benar sihat,” katanya.

Bagaimanapun, anak kelima daripada enam beradik itu merayu bantuan kaki palsu untuk bapa saudaranya bagi menggantikan peralatan itu yang rosak enam tahun lalu.

“Kami buntu bagaimana nak cari duit bagi mendapatkan kaki palsu baharu. Pakcik sudah banyak berkorban sehingga sanggup membujang menjaga kami. Inilah masanya saya membalas jasa Pakcik,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Pemegang Diploma Ukur Tanah itu berkata, bapanya Mohd Nor Azlan Mohd Nasir meninggal pada 2000 akibat penyakit jantung manakala ibunya, Rosliah Abdul Rahman pergi meninggalkan mereka pada 2006 kerana barah otak.

Sementara itu, Zulkufli berkata, dia terpaksa mengubah suai sendiri kaki palsunya tetapi mengakui kurang selesa dan terpaksa menanggung kesakitan kerana semakin longgar.

“Tapaknya juga sudah patah. Jadi saya menggunakan tiub tayar untuk melindungi tapaknya.Tali pinggang pula saya guna untuk mengetatkan kaki palsu,” katanya.

Bekas tukang rumah itu berkata, kakinya terpaksa dipotong selepas komplikasi kencing manis.

“Saya harap mendapat kaki palsu baharu yang lebih ringan tetapi kosnya mungkin tinggi.

“Saya pernah diminta untuk mendapatkan senarai harga kaki palsu baharu tetapi saya tidak tahu prosesnya,” katanya yang menerima RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Nur Syurah boleh dihubungi di talian 013-8706787 dan sumbangan kepada Zulkufli boleh disalurkan ke akaun Maybank 15605730358.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...