> > UCSI University merealisasi aspirasi pendidikan melalui biasiswa yang ditawarkan
UCSI University merealisasi aspirasi pendidikan melalui biasiswa yang ditawarkan
ZULAIKHA ZUBIR, UCSI UNIVERSITY Khamis | 20 Jun 2019

KUALA LUMPUR – UCSI University bakal menganjurkan Hari Biasiswa atau Scholarship’s Day pada hujung minggu ini bertempat di kampus Kuala Lumpur bagi menerangkan pelbagai bantuan biasiswa dan geran pendidikan untuk mahasiswa yang berpotensi untuk terus maju dalam bidang pendidikan.

UCSI, tahun ini menetapkan sejumlah RM30 juta kepada para mahasiswa yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

Terbaru, biasiswa UCSI University Trust Scholarship, UCSI University Trust Sports Bursary, UCSI Trust Education Grant, Pre-U Scholarship and A-Level Scholarship adalah antara yang lain diberikan oleh UCSI bagi menggalakkan mahasiswa untuk terus mengejar impian mereka.

Bantuan itu diharapkan dapat memotivasikan mahasiswa untuk merasai pengalaman pendidikan menyeluruh tanpa memikirkan faktor kewangan di UCSI University mahupun UCSI College.

Biasiswa itu terbuka kepada pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), UEC Senior Middle 3, IGCSE O-Levels atau A-Level.

Mereka hanya perlu mengemukakan permohonan biasiswa berserta keputusan peperiksaan percubaan atau pertengahan tahun.

Hari Biasiswa (Scholarship’s Day) termasuk ceramah serta sesi kaunseling istimewa akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad (22 dan 23 Jun) dari 10 pagi hingga 6 petang di Blok G, Aras 1, UCSI University kampus Kuala Lumpur.

Hari Biasiswa yang sama akan diadakan sekali lagi di tempat yang sama pada 13 dan 14 Julai, serta 3 dan 4 Ogos.

UCSI menawarkan lebih 100 program akademik yang terdiri daripada Perubatan, Farmasi, Kejururawatan, Kejuruteraan dan Seni Bina serta Muzik, Multimedia, Pendidikan, Seni Liberal dan Hospitaliti.

UCSI Universiti tersenarai sebagai universiti swasta terbaik buat dua tahun berturut-turut berdasarkan penilaian QS World University Rankings 2019 dan 2020 yang mana ia turut mempunyai kampus di Terengganu dan Sarawak.

Maklumat lanjut boleh layari https://apps.ucsiuniversity.edu.my/openday/ dan http://www.ucsiuniversitytrust.com/index.asp.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...