> FYI > Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT teratas untuk tahun kelapan berturut-turut
Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: MIT teratas untuk tahun kelapan berturut-turut
PR NEWSWIRE Khamis | 20 Jun 2019

LONDON - Massachusetts Institute of Technology (MIT) sekali mencatat kedudukan universiti terbaik dunia untuk tahun kelapan berturut-turut.

Edisi keenam belas QS World University Rankings (Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS) yang dikeluarkan semalam oleh penganalisis pengajian tinggi global QS Quacquarelli Symonds menyaksikan Amerika Syarikat mencatatkan prestasi terburuknya dalam rekod apabila hanya 16 peratus daripada universiti-universitinya memperbaiki kedudukan.

QS menyenaraikan 1000 universiti dari 82 lokasi berbeza, menyoal selidik 94,000 ahli akademik dan 44,000 pengurus pengambilan serta menganalisis 11.8 juta kertas kajian dan 100 juta petikan.

Universiti-universiti berkenaan diukur mengikut kedudukan akademik, kebolehpasaran pekerjaan siswazah, nisbah penuntut/kakitangan, kesan kajian dan pengantarabangsaan.

Lebih 70 juta pemegang kepentingan akan melihat senarai kedudukan di www.TopUniversities.com tahun ini.

Fakta-fakta utama:

* University of Cambridge mencapai kedudukan terendah untuknya (ke-7). UK mencatatkan prestasi ketiga terburuk seumpamanya, namun University of Oxford mendaki ke kedudukan ke-4.

* Nisbah penuntut antarabangsa di universiti-universiti UK dan AS jatuh secara berterusan.

* ETH Zurich (ke-6), universiti terkemuka Continental European, mencapai kedudukan tertingginya bagi mengatasi University of Cambridge.

* Dua universiti terbaik Asia ialah National University of Singapore dan rakan senegaranya Nanyang Technological University (kedua-duanya di tempat ke-11).

* 24 daripada 35 universiti Australia mendaki kedudukan.

* China kini mempunyai 19 daripada 200 universiti penyelidikan utama dunia; dahulunya ia mempunyai 12 universiti (2016).

* Daripada 302 universiti dari AS, UK, Australia dan Kanada, 216 universiti mencatatkan prestasi Nisbah Fakulti/Penuntut lebih buruk, ukuran QS untuk kapasiti pengajaran institusi.

* Universiti terkemuka Amerika Latin ialah Universidad de Buenos Aires (ke-74) untuk tahun kelima berturut-turut. Universiti-universiti Brazil dan Argentina mengalami kehilangan keyakinan majikan dalam kalangan siswazah mereka.

* Timur Tengah mempunyai dua universiti dalam senarai 200 universiti teratas buat julung kalinya. King Abdul Aziz University (ke-186) Arab Saudi ialah peneraju baharu bagi wilayah itu.

Senarai Kedudukan Universiti Dunia QS 2020: 20-Teratas Global

2020/2019

1 (1) Massachusetts Institute of Technology (AS)

2 (2) Stanford University (AS)

3 (3) Harvard University (AS)

4 (5) University of Oxford (UK)

5 (4) California Institute of Technology (AS)

6 (7) ETH Zurich (CH)

7 (6) University of Cambridge (UK)

8 (10) University College London (UK)

9 (8) Imperial College London (UK)

10 (9) University of Chicago (AS)

11= (12) Nanyang Technological University (SG)

11= (11) National University of Singapore (SG)

13 (13) Princeton University (AS)

14 (14) Cornell University (AS)

15 (19) University of Pennsylvania (AS)

16 (17) Tsinghua University (CN)

17 (15) Yale University (AS)

18= (16) Columbia University (AS)

18= (22) Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne (CH)

20 (18) University of Edinburgh (UK)

SUMBER: QS QUACQUARELLI SYMONDS (© QS Quacquarelli Symonds www.TopUniversities.com)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...