> LoRA rangkaian komunikasi pintar, jimat tenaga
LoRA rangkaian komunikasi pintar, jimat tenaga
AMIRUL SALAM, UMT Khamis | 27 Jun 2019

PERKEMBANGAN dunia komunikasi menyaksikan perubahan dan penghasilan inovasi terkini sehingga membolehkan interaksi dan komunikasi lebih pantas serta melangkaui masa dan jarak.

Rangkaian telekomunikasi masa kini meliputi telefon yang berintegrasi dengan rangkaian Internet 5G dan WiFi yang bukan hanya mampu untuk komunikasi manusia, malah juga digunakan untuk aplikasi lain yang boleh dikatakan melangkaui pemikiran suatu ketika dahulu.

Dr. Nurul Adilah memberi penerangan berkaitan projek LoRa yang dijalankan di Pulau Bidong kepada wakil syarikat telekomunikasi.

Melalui Geran Industri IoT bernilai RM119,000 sumbangan Malaysian Technical Standards Forum Bhd atau MTSFB yang merupakan syarikat di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan aplikasi rangkaian komunikasi baharu yang dinamakan Long Range communication network (LoRa).

“LoRa merupakan teknik modulasi spektrum tersebar yang diperoleh daripada teknologi spektrum penyebaran mencicip (Chirp Spread Spectrum). Peranti Lora yang digunakan sebagai penghantar dan penerima untuk projek ini adalah merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar jarak jauh dan berkuasa rendah dan disambungkan terus dengan teknologi IoT atau pengkomputeran awan (Cloud Computing)," ujar Ketua Projek, Datin Dr. Nurul Adilah Abdul Latiff yang juga merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan.
Dr. Nurul Adilah membuat semakan pada peranti yang dipasang di Pulau Bidong.
“Untuk projek ini, sensor yang digunakan adalah sensor persekitaran (environmental sensors) bagi tujuan pemantauan (monitoring). Data yang diperoleh daripada sensor ini akan dihantar menggunakan teknologi LoRa di Transmitter yang terletak di Pulau Bidong, pada frekuensi 921.9MHz dengan kuasa radio isotropic efektif (Effective Isotropic Radio Power, EIRP), 110Watt. Data ini akan melalui garis penglihatan (Line of Sight) dan zon Fresnel (Fresnel Zone) sejauh 23km terus ke penerima (receiver) yang terletak di bangunan Kompleks Kuliah Pusat, UMT. Di sini, data ini terus disimpan ke pangkalan data dan seterusnya pengguna dapat melihat data tersebut secara pemantau masa nyata (real time monitoring),” jelasnya.

Tambahnya lagi, projek ini dapat dikembangkan lagi dengan menggunakan teknologi LoRa ini yang mana dengan aplikasi pintar IoT ini dapat menyelesaikan cabaran terbesar yang dihadapi pada masa kini iaitu dari segi pengurusan tenaga, pengurangan sumber semula jadi, kawalan pencemaran, pencegahan bencana, dan banyak lagi.

>
Dr. Nurul Adilah bersama-sama wakil agensi MCMC mengadakan lawatan ke tapak projek LoRa di Pulau Bidong.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...