> > Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bakal sampaikan Ucaptama Diraja dalam persidangan Federalism in Malaysia
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bakal sampaikan Ucaptama Diraja dalam persidangan Federalism in Malaysia

NILAI – Satu persidangan bertajuk Federalism in Malaysia: Redefining the Federal State Relationship in Malaysia, akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2019 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Persidangan yang pertama kali seumpamanya dianjurkan ini menyaksikan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berangkat ke persidangan.

Tuanku Muhriz yang merupakan Penaung Diraja persidangan akan merasmikan persidangan ini pada 1 Julai dan berkenan menyampaikan Ucaptama Diraja. Sementara itu, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz pula akan merasmikan penutup persidangan ini pada hari kedua serta menyampaikan ucapan khas pada majlis tersebut.

Penganjuran tertumpu kepada ‘federalisme’ bagi menggalakkan pemahaman dan wacana yang lebih meluas untuk membolehkan generasi Malaysia kini menghargai visi Founding Fathers serta kaitan federalisme dalam keadaan dan suasana pada masa ini.

Persidangan akan membentangkan dan mendapatkan buah fikiran daripada tokoh-tokoh berpengalaman dan terkemuka daripada pelbagai latar belakang. Antara penceramah utama di persidangan ini adalah YAM Tunku Zain Al-’Abidin (Pengasas dan Pengerusi IDEAS); Datuk Seri Hishamudin Yunus (Hakim Mahkamah Rayuan yang bersara); Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi (Universiti Malaya), Prof Dr Terence Gomez (Universiti Malaya); Charles Santiago (Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara); Bunn Nagara (Felo Senior ISIS), Yang Arif Vazeer Alam (Hakim Mahkamah Tinggi), dan Yang Arif Datuk Hajah Azizah Nawawi (Hakim Mahkamah Tinggi).

Menurut S. Saravana Kumar, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan dan rakan kongsi dengan firma undang-undang terkemuka, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill. “Dinamik Federalisme juga mesti menampung dan menyahut aspirasi negeri-negeri dengan mengekalkan cita-cita demokratik serta perpaduan nasional. Ia mesti ada keseimbangan untuk memastikan bahawa negeri-negeri mempunyai sumber kewangan yang berpatutan dan kebebasan untuk memenuhi kewajipan mereka terutamanya berhubung dengan perkara-perkara di bawah Senarai Negeri. Selain itu, harus wujudnya suatu mekanisme perlembagaan untuk menjaminkan negeri-negeri suatu peruntukan kewangan yang adil yang akan membolehkan negeri-negeri menguruskan perkara-perkara di bawah autonomi negeri”.

Persidangan ini turut dihadiri tetamu kehormat antaranya Ketua Hakim Malaysia, Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Pembangunan Usahawan, Timbalan Menteri, Hakim-hakim dan Ahli-ahli Parlimen.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...